Tok Mat ketuai jentera pilihan raya UMNO
Tok Mat ketuai jentera pilihan raya UMNO
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan terus diberi tanggungjawab untuk mengetuai jentera pilihan raya parti itu.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik sebagai Ketua Jabatan Pilihan Raya akan membantu Mohamad.
“Jadi kesiapsagaan ini di mana Datuk Seri Mohamad adalah pengarah keseluruhan untuk jentera bagi seluruh pilihan raya sama ada pilihan raya umum, negeri dan pilihan raya kecil.
“Ketua Jabatan Pilihan Raya, Datuk Seri Rezal Merican akan berada di ibu pejabat bagi mengetuai semua gerak kerja dan mengkoordinasi dengan Timbalan Presiden selaku pengarah keseluruhan dan Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri,” kata Ahmad Zahid.
Menurutnya, UMNO juga berazam untuk mengubah jentera pilihan raya ke arah pendigitalan.
Maklumat terperinci mengenai usaha itu akan diumumkan kemudian.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pertama selepas pemilihan berlangsung Sabtu lalu.
Sementara itu Ahmad Zahir berkata, belum ada rundingan rasmi dibuat dengan parti dalam Kerajaan Perpaduan mengenai pembahagian kerusi.
Namun pihak terbabit telah telah memulakan rundingan dan ketua sekretariat untuk Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan akan memperincikan butiran yang akan dibincangkan. MG
Tok Mat ketuai jentera pilihan raya UMNO
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin jangan jadi Donald Trump – Guan Eng
- Saya mungkin adakan bicara di hospital atau rumah Siti Nuramira, hakim beri amaran
- Ayahanda bazar Ramadhan hisap darah
- Uqasha Senrose dituduh pembuli kerana pertahankan adik
- Acara Thai Hot Guy tiada lesen, DBKL diarah ambil tindakan – pegawai Anwar
- Puteri Sarah fail hadanah
- Chris Rock dan kita
- Buatlah apa pun, saya tak takut – Puteri Sarah
- Berzina ketika suami merantau ke Malaysia, wanita dirotan 100 kali
- Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
- Lelaki dicurangi kekasih terima wang Dana Insurans Patah Hati
- Kucing ‘busker’ tarik perhatian ramai [VIDEO]
- Nasib malang pengguna LinkedIn tular di internet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET