Rupanya dia cuma tiang kayu sepanjang jadi PM4
Rupanya dia cuma tiang kayu sepanjang jadi PM4
‘Perang’ membabitkan dua bekas perdana menteri di media sosial berterusan dengan terkini Datuk Seri Najib Razak meminta Tun Dr Mahathir Mohamad berhenti daripada terus menggunakan sentimen Melayu sebagai tunggangan.
Najib menerusi hantaran di Facebook berkata, sudah tiba masanya untuk Mahathir berhenti menggunakan orang Melayu untuk meneruskan agenda politiknya.
“Bila tiada kuasa – Melayu dipinggir, Melayu ditindas, jom buat proklamasi…..Bila ada kuasa – Melayu malas, Melayu mudah lupa, Melayu tak pandai berpolitik, Melayu perlu ikat perut, jangan iri hati orang kaya (termasuk kroni-kroni bukan Melayu), anak-anak saya contoh Melayu pandai berniaga.
“Cukuplah, cukup. Jangan tunggang nama orang Melayu lagi,” katanya melalui muat naik semalam.
Melalui satu lagi muat naik di akaun Facebook sama, Najib menyindir kenyataan dibuat Mahathir yang menyatakan Ops Lalang yang berlaku ketika dirinya menjadi Perdana Menteri bukan atas arahan beliau.
“Tragedi Memali, dia salahkan (Tun) Musa Hitam. Pemecatan (bekas Tuan Yang di-Pertua Mahkamah Persekutuan) Tun Salleh Abas, dia salahkan Abu Talib (bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib) dan Yang di-Pertuan Agong.
“Hari ini tangkapan besar-besaran ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960) bawah Ops Lalang, dia salahkan Tun Hanif Omar.
“Semua bukan salah dia (Mahathir). Rupanya dia cuma tiang kayu saja sepanjang 22 tahun dia jadi PM4 (perdana menteri keempat),” katanya.
Terdahulu Mahathir ketika mengulas melalui Ops Lalang berkata sebagai Perdana Menteri beliau perlu mendengar pandangan polis kerana mereka bertanggungjawab atas keselamatan negara.
“Pandangan dan nasihat mereka (polis) tidak boleh ditolak begitu saja, malah perkara itu sudah dijelaskan oleh Mohamed Hanif (Ketua Polis Negara ketika itu, Tun Mohammed Hanif Omar) berhubung keputusan dibuat polis.
Muat naik terbaharu Najib itu menyusul selepas beliau menyindir Mahathir yang menuduh Anwar sebagai diktator kerana menghalang kebebasan bersuara dan mengambil tindakan untuk menyekat parti pembangkang.
Najib berkata adalah pelik apabila seorang diktator memanggil orang lain dengan gelaran itu.
Kiriman Facebook dipercayai dikendalikan pentadbir akaun Najib itu, turut menyenaraikan apa yang dilakukan kerajaan pimpinan Mahathir selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) terutama terhadap Najib dan keluarganya. BH
Rupanya dia cuma tiang kayu sepanjang jadi PM4
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin jangan jadi Donald Trump – Guan Eng
- Saya mungkin adakan bicara di hospital atau rumah Siti Nuramira, hakim beri amaran
- Ayahanda bazar Ramadhan hisap darah
- Uqasha Senrose dituduh pembuli kerana pertahankan adik
- Acara Thai Hot Guy tiada lesen, DBKL diarah ambil tindakan – pegawai Anwar
- Puteri Sarah fail hadanah
- Chris Rock dan kita
- Buatlah apa pun, saya tak takut – Puteri Sarah
- Berzina ketika suami merantau ke Malaysia, wanita dirotan 100 kali
- Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
- Lelaki dicurangi kekasih terima wang Dana Insurans Patah Hati
- Kucing ‘busker’ tarik perhatian ramai [VIDEO]
- Nasib malang pengguna LinkedIn tular di internet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.