Najib bagi peluang TH untung, PH gelar bailout, memalukan

Peluang untung ratusan juta yang boleh digunakan untuk kekalkan subsidi Haji ataupun naikkan Hibah terlepas. Tapi Siti Nurhaliza bersorak kononnya tidak lagi "memalukan" bahawa TH terpaksa "bail out" 1MDB dengan membeli tanah TRX.

Oleh Norzahira

RAKYAT Malaysia yang beragama Islam sambut Ramadhan dalam suasana pilu apabila berita mengenai kos mengerjakan haji naik dengan sangat tinggi.

Kos haji:
Tahun 2009 hingga 2021. (PM Najib)
B40= RM9,980
M40= RM9,980
T20 = RM9,980

Tahun 2022.
B40= RM10,980
M40= RM12,980
T20 = RM12,980

Tahun 2023
B40= RM10,980
M40= RM15,980
T20 = RM30,850

Tabung Haji untung besar sepanjang tempoh Datuk Seri Najib Tun Razak jadi PM. Hibah Tabung Haji tinggi secara konsisten dan kos haji tidak pernah dinaikkan ketika itu tetapi kini semua sudah berubah.

Masihkah kita ingat ketika Tabung Haji mengesahkan telah membeli tanah bagi tujuan pelaburan hartanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) milik 1Malaysia Development Board (1MDB), Siti Nurhaliza memuat naik di twitter

“Sangat memalukan dengan apa yg terjadi dgn kes Tabung Haji.. Ya Allah Lindungi kami,” – Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) May 9, 2015

Memetik sumber, Projek Core Residences dimilik dan dibina oleh syarikat WCT bernilai RM1.4 bilion sudah 80% dijual. Dijangka jual 100% sepenuhya pada akhir tahun ini.

Tapak Core Residences adalah hampir sama saiz dengan tapak sebelahnya yang pernah dibeli Tabung Haji. Kedua-dua tapak juga bersebelahan bangunan ikonik Exchange 106.

Benarkah DAP Sudah Berubah?

WCT beli tapak tanahnya dengan harga 12% lebih tinggi (RM3,098 psf) berbanding harga tapak dijual kepada Tabung Haji (RM2774 psf).
Sebelum PRU14, ramai bantah TH beli tanah TRX dari 1MDB. Maka TH pun jual balik tanah tersebut kepada kerajaan selepas PRU14. Tidak dimajukan oleh TH.

Syarikat WCT cool saja. Terus majukan projek yang bernilai RM1.4 bilion mereka untuk untung besar manakala TH sudah terlepas peluang. Untung ratusan juta yang boleh digunakan untuk kekalkan subsidi Haji ataupun naikkan Hibah terlepas.

Tapi Siti Nurhaliza bersorak sebab tidak lagi memalukan bahawa TH terpaksa “bail out” 1MDB dengan membeli tanah TRX.

Orang bagi peluang TH untuk untung, kamu gelar bailout, memalukan. Orang lain pula rebut peluang. Terima kasih diucapkan.

Secara peribadi, kita sebagai umat Islam sangat sedih dengan apa yang terjadi pada Tabung Haji. Peluang TH untuk menjana untung berjuta-juta ringgit terlepas begitu sahaja atas desakan mereka yang tidak bertanggungjawab seperti Siti Nurhaliza dan lain-lain lagi. Mereka antara punca rakyat Malaysia terpaksa membayar kos yang tinggi untuk mengerjakan haji.

Krisis Syamsul-Aaron Aziz: Netizen pun sama ‘naik’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker