Mahkamah Rayuan kurangkan ganti rugi 3 keluarga mangsa tembak di Glenmarie
Kerajaan hanya perlu membayar ganti rugi berjumlah RM210,000 untuk setiap keluarga berbanding RM500,000 ditetap Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Rayuan kurangkan ganti rugi 3 keluarga mangsa tembak di Glenmarie
Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan dan mengurangkan bayaran ganti rugi kepada keluarga tiga pemuda ditembak mati oleh polis 13 tahun lalu.
Panel tiga hakim dipengerusikan Azizah Nawawi berkata, terdapat merit dalam rayuan itu dan mahkamah membenarkan sebahagiannya.
Keluarga Shamil Hafiz Shapiei, Hairul Nizam Tuah, dan Hanafi Omar kini mendapat ganti rugi berjumlah RM210,000 berbanding RM500,000 yang diputuskan Mahkamah Tinggi dua tahun lalu.
Panel turut dianggotai Hakim S Nantha Balan dan Zaini Mazlan turut mengenepikan award RM100,000 untuk ganti rugi am kepada waris mangsa.
Ia digantikan dengan award RM10,000 untuk ganti rugi kematian.
Azizah berkata, mahkamah juga mengenepikan award RM100,000 untuk ganti rugi tauladan dan tambahan RM100,000 diberi kepada setiap keluarga mangsa dengan alasan jumlah sama diberikan sebagai ganti rugi untuk kecuaian di pejabat awam.
Mahkamah bagaimanapun mengekalkan award RM100,000 untuk setiap keluarga sebagai ganti rugi kerosakan teruk.
Peguam Zaid Malek yang mewakili ketiga-tiga keluarga itu berkata, waris Hairul dan Hanafi masing-masing menerima ganti rugi tambahan RM11,200 dan RM8,000 yang diputuskan Mahkamah Tinggi dalam tuntutan berasingan, yang tidak disentuh Mahkamah Rayuan.
Peguam Kanan Persekutuan Noerazlim Saidil mewakili kerajaan.
Bayaran ganti rugi itu diberikan selepas mahkamah memutuskan polis bertanggungjawab atas kematian mangsa dalam satu kejadian tembakan di Glenmarie pada 13 Nov 2010.
Hairul dan Hanafi berusia 22 dan 21 tahun ketika kejadian manakala Shamil berusia 15 tahun. FMT
Mahkamah Rayuan kurangkan ganti rugi 3 keluarga mangsa tembak di Glenmarie
Baca Artikel Menarik:
- Orang Islam di Johor boleh lawat rumah ibadat agama lain – Sultan Ibrahim
- Rohana dah kembalikan wang AS$10 juta ke belum?
- Johari dilantik Pengerusi Majlis Ekonomi, Kewangan dan Pelaburan UMNO
- Najib bagi peluang TH untung, PH gelar bailout, memalukan
- Bapa tembak mati bekas kekasih anak perempuan kaki pukul
- Tok Mat ketuai jentera pilihan raya UMNO
- Rupanya dia cuma tiang kayu sepanjang jadi PM4
- Shahrizat kembali dalam pentadbiran UMNO
- Zahid umum tiga pengerusi baru Umno negeri
- Masjid Ibnu Sina terbakar, jemaah tak sempat solat tarawih [VIDEO]
- Bapa tangisi pemergian anak ‘dimakan tayar treler’ di ambang Ramadan
- Farid Kamil nak jumpa anak, ada pihak panggil polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.