Pemilihan UMNO: Tajuddin bengang dihalang memasuki dewan

PASIR SALAK: Bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman kesal dihalang memasuki Dewan Besar Bandar Baru Felcra Seberang Perak sempena pemilihan UMNO bahagian itu di sini hari ini.

Tajuddin berkata, tindakan itu disifatkan sebagai sombong sedangkan beliau sendiri adalah bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak.

“Saya tidak dihalau, cuma dihalang untuk masuk ke kawasan dewan. Kejadian ini tidak pernah berlaku dan tiada alasan (kenapa dihalang).

“Saya sayangkan UMNO, saya setia. Sudah 50 tahun saya di dalam UMNO. Sombong….. mantan (bekas) ketua bahagian pun dihalang masuk,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Tajuddin yang digantung keahlian sebagai ahli UMNO selama dua penggal atau enam tahun cuba memasuki kawasan dewan namun dihalang petugas keselamatan sekitar pukul 9.50 pagi.

Beliau kemudiannya akur dan memilih untuk menunggu di dalam kereta di luar kawasan dewan seperti dimaklumkan petugas.

Pada pemilihan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak hari ini, anak sulung Tajuddin, Dr Faizal bertanding menentang bekas pemangku Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker