Rakan Penyampai Ucap “Jangan Lupakan Kami”,Penyampai Radio Fizi Ali Beri Bayangan Tinggalkan Suria FM

Rakan Penyampai Ucap “Jangan Lupakan Kami”,Penyampai Radio Fizi Ali Beri Bayangan Tinggalkan Suria FM

UCAPAN rakan-rakan penyampai radio Suria FM kepada Fizi Ali memberi bayangan seolah-olah dia bakal menamatkan perkhidmatan di stesen berkenaan.

Enggan mengulas lanjut, Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 33, memberitahu dia akan menjelaskan segala persoalanan tersebut dalam masa terdekat.



“Saya tidak boleh kata iya atau tidak. Sekarang ini memang tidak boleh cakap apa-apa lagi dan tunggu sahaja pengumuman yang saya buat dalam masa terdekat.

“Saya terpaksa kunci mulut berkaitan hal ini demi menjaga hati banyak pihak,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Fizi sebelum ini juga memuat naik gambar dia bersama Suraya Borhan dan Ajak yang merupakan rakan penyampai segmen Team Pagi Suria.



Menerusi ruangan komen, Suraya sendiri mengucapkan tahniah untuk Fizi memulakan kerja di tempat baharu.

“Selamat maju jaya di tempat baharu. Dekat je kalau nak singgah sarapan pagi dengan kami,” komen Suraya.

Sementara itu Feeya Iskandar atau Cik Piah yang mengendalikan segmen Gaya Suria turut memberi komen supaya Fizi tidak akan melupakan mereka.



“Fizi Ali, jangan lupakan kami,” ujarnya

Apabila diminta menjawab khabar angin yang sedang diperkatakan ini, Fizi secara ringkas memberitahu dia masih sayangkan Suria FM.

“Saya sayang Suria,” ujarnya.

Fizi memulakan kerjaya di Suria FM pada Julai 2016 yang ketika itu bergandingan bersama Zulin Aziz dan Halim Othman menerusi segmen Ceria Pagi Suria.mSTAR

Rakan Penyampai Ucap “Jangan Lupakan Kami”,Penyampai Radio Fizi Ali Beri Bayangan Tinggalkan Suria FM



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker