Sembunyi wang loteri lebih RM1.5 juta, suami saman isteri

 

Gambar Hiasan

BANGKOK – Seorang lelaki Thai meminta tolong daripada seorang peguam popular untuk memfailkan saman terhadap isterinya yang dia dakwa menyembunyikan wang kemenangan loteri 12 juta baht (RM1,556,653) daripada pengetahuannya, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Wanita itu bertegas bahawa dia telah berpisah dengan suaminya beberapa tahun sebelum memenangi wang loteri tersebut dan berkahwin semula. Pengadu bagaimanapun mendakwa bahawa dia tidak tahu menahu tentang perpisahan yang dimaksudkan.

Lelaki berumur 47 tahun dinamakan Narin itu berjumpa peguam Narong Kaewphet pada Sabtu lalu untuk memfailkan saman terhadap isterinya.

Menurut Narin, dia mengahwini isterinya, Chaweewan, 43,  20 tahun lalu di wilayah Chaiyaphum, rantau Isaan dan mereka mempunyai tiga anak perempuan.

Katanya,   keluarga berkenaan mempunyai hutang lebih 2 juta baht (RM259,442) justeru, mereka memilih berpindah ke Korea Selatan dalam tahun 2014 untuk bekerja mendapatkan wang bagi membayar balik hutang tersebut.

Narin terus bekerja di korea Selatan dan menghantar antara  27,000 (RM3,502) hingga 30,000 baht (RM4,151) setiap bulan kepada keluarganya selepas Chaweewan pulang ke Thailand untuk menjaga anak-anak perempuan mereka.

Lelaki itu kemudian mengetahui daripada anak perempuannya bahawa Chaweewan memperoleh wang loteri 12 juta baht   tetapi menyembunyikan kemenangan itu daripadanya. Narin cuba menghubungi isterinya tetapi tidak diendahkan.

Narin kemudian pulang ke Thailand pada 3 Mac lalu untuk berdepan dengan Chaweewan tetapi mendapati dia telah berkahwin dengan kekasih baharu, kata seorang pegawai polis.

“Saya terkejut dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya kecewa. Saya tidak menyangka  isteri saya selama 20 tahun akan melakukan ini kepada saya. Saya hanya mempunyai 60,000 baht (RM7,783) dalam akaun bank saya kerana saya memberi wang kepadanya setiap bulan. Saya mahu menuntut keadilan dan wang yang saya layak,” kata Narin.

Lelaki itu mengaku tidak menandatangani sijil perkahwinan rasmi dengan isterinya. Peguamnya bagaimanapun  menegaskan bahawa Narin mempunyai hak terhadap wang itu walaupun mereka tidak mempunyai sijil perkahwinan rasmi.

Saudara-mara dan orang lain tahu tentang hubungan mereka dan itu sudah cukup untuk menjadikannya rasmi, katanya. – AGENSI

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker