Saya sedia disiasat, kata Zahid berkait dana Umno
Saya sedia disiasat, kata Zahid berkait dana Umno
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaan untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung sumber dana parti itu.
Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, beliau bersifat terbuka kerana sebelum ini pernah disiasat SPRM.
“Saya sentiasa terbuka. Saya sendiri pernah disiasat…dibawa ke mahkamah dan saya bersedia pada bila-bila masa, tetapi janganlah menepuk air di dulang, tentu muka kita terpercik…jadi (Muhyiddin Yassin) hadapilah apa-apa yang patut dihadapi.
“Saya telah pun hadapi (siasatan sebelum ini) saya ucapkan selamat berjaya pada beliau (Muhyiddin),” katanya kepada pemberita selepas majlis pengenalan calon naib presiden dan Majlis Kerja Tertinggi sempena pemilihan Umno sesi 2023-2026 di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan presiden Bersatu itu yang menggesa SPRM menyiasat Zahid dan Presiden PKR Anwar Ibrahim mengenai sumber dana parti politik masing-masing.
Muhyiddin, ketika menyampaikan ucapan dasar ketika Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu hari ini, dipetik sebagai berkata beliau membuat gesaan itu untuk memastikan siasatan sumber dana politik dibuat secara adil dan sama rata dan bukan beliau seorang sahaja yang patut didakwa di mahkamah. FMT
Saya sedia disiasat, kata Zahid berkait dana Umno
Baca Artikel Menarik:
- Gelombang Abah lebih besar dari Reformasi PKR – Takiyuddin
- Hadi langgar larangan kuliah di masjid
- Wan Fayhsal pertahan ‘rancang rampas kerajaan’ Hadi
- Syarikat, individu terlibat dalam perbicaraan Muhyiddin
- Ustaz Zainul Asri minta maaf
- 1MDB, Roger Ng dijatuhi hukuman penjara 10 tahun
- Muhyiddin akan didakwa lagi pada Isnin – Peja
- Anwar lantik Johari ketuai pasukan bertindak 1MDB
- Kerajaan tak menindas negeri pembangkang, malah tambah peruntukan – Anwar
- Lapangan Terbang Kulim: Syed Mokhtar kata maaf, belum sedia ambil projek – Anwar
- Skandal Jana Wibawa, syarikat Cina di Bumiputerakan – Anwar
- Hamzah sibuk hal UMNO
- Muhyiddin berdepan 6 tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]
Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.