Dakwaan Haji Hadi negara dilanda ‘pesta kezaliman’ adalah penghinaan kepada pihak berkuasa
GOMBAK: Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa “pesta kezaliman” sedang berlaku dan ia perlu dicegah demi menyelamatkan negara ini.
Beliau mendakwa, tindakan mengheret individu ke mahkamah “dilakukan sewenang-wenangnya” kerana hanya mengeluarkan kenyataan media, selain menggambarkan proses penghakiman seperti “mi segera”.
“Pesta kezaliman sedang berlaku wajib kita cegah dan perkara ini berpunca daripada melantik kerajaan yang salah serta pemimpin yang salah.
“Buat kenyataan media, sikit-sikit nak heret ke mahkamah, tidak boleh macam itu kita kena ikut proses yang betul, bukan secara mi segera” katanya dalam Ceramah Perdana Solidariti Menentang Kezaliman di Markas PAS Pusat, Taman Melewar.
Sehubungan itu, Hadi mahu kepercayaan diberikan kepada kepada Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri di enam negeri – Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor, dan Pulau Pinang.
“Untuk ambil alih negeri-negeri ini, insya-Allah kita akan buktikan apa yang kita nak buat. Kita tak gopoh, dan kita sedar bahawa Allah Taala tidak sia-siakan orang yang dizalimi,” tambahnya.
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PN Azmin Ali, berkata tidak ada salahnya untuk menukar kerajaan daripada melihat “kezaliman” dilakukan kepimpinan sekarang terutama terhadap Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin.
Dakwanya, kerajaan hari ini berada dalam keadaan cukup cemas susulan kemarahan rakyat yang meluap terhadap Pakatan Harapan, selain momentum penolakan pada PRU15.
“Beliau (Muhyiddin Yassin) dituduh, diheret ke mahkamah kerana inilah insan yang telah melancarkan gerakan massa bersama-sama dengan PAS dan Gerakan atas nama PN.
“Sehingga dalam PRU15, kita berjaya menang dengan bergaya dan mendapat sokongan yang besar daripada rakyat Malaysia,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Gelombang Abah lebih besar dari Reformasi PKR – Takiyuddin
- Hadi langgar larangan kuliah di masjid
- Wan Fayhsal pertahan ‘rancang rampas kerajaan’ Hadi
- Syarikat, individu terlibat dalam perbicaraan Muhyiddin
- Ustaz Zainul Asri minta maaf
- 1MDB, Roger Ng dijatuhi hukuman penjara 10 tahun
- Muhyiddin akan didakwa lagi pada Isnin – Peja
- Anwar lantik Johari ketuai pasukan bertindak 1MDB
- Kerajaan tak menindas negeri pembangkang, malah tambah peruntukan – Anwar
- Lapangan Terbang Kulim: Syed Mokhtar kata maaf, belum sedia ambil projek – Anwar
- Skandal Jana Wibawa, syarikat Cina di Bumiputerakan – Anwar
- Hamzah sibuk hal UMNO
- Muhyiddin berdepan 6 tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]
Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]