Polis cari pemandu pacuan empat roda pandu melulu

Polis mengesan pemandu kenderaan pacuan empat roda yang didapati memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan di Lebuhraya Persekutuan di sini pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada kira-kira jam 10.49 pagi.

Menurutnya, kejadian itu dirakam menerusi kamera papan pemuka sebuah kenderaan yang memaparkan pacuan empat roda tersebut dipandu dalam keadaan melulu dengan memotong beberapa kenderaan di lokasi kejadian.



“Pacuan empat roda tersebut kemudiannya bertindak melanggar sebuah kereta jenis Perodua Axia sebelum berlalu pergi.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Petaling Jaya, Inspektor M Sivam di talian 0173290749 untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Pada Sabtu, tular rakaman video sebuah pacuan empat roda dipandu melulu sebelum melanggar sebuah Perodua Axia di Lebuhraya Persekutuan menghala Shah Alam di sini.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]



Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker