Ada empat kertas siasatan Jana Wibawa lagi – SPRM
Ada empat kertas siasatan Jana Wibawa lagi – SPRM
Siasatan berhubung projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) masih dijalankan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
Beliau berkata, SPRM sedang menyiapkan ‘tiga atau empat kertas siasatan lagi’ berkaitan kes Jana Wibawa sebelum dikemukakan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
“Siasatan masih berjalan. Ada beberapa kertas siasatan masih dalam tindakan dan pegawai penyiasat sedang menyiapkan kertas siasatan,” katanya ketika ditanya perkembangan siasatan berhubung Jana Wibawa dalam sidang media mengenai kejayaan Ops Tropicana membongkar sindiket penipuan pelaburan dalam talian, di sini, hari ini.
Ditanya sama ada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin antara suspek dalam isu Jana Wibawa, Azam yang enggan mengulas lanjut berkata, siasatan masih berjalan dan keputusan akan dibuat Peguam Negara selepas menerima kertas siasatan daripada SPRM.
Muhyiddin dilaporkan sebelum ini mengesahkan memberi keterangan kepada SPRM berhubung projek Jana Wibawa dan dipanggil untuk memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan dan bukannya suspek.
Beberapa individu termasuk pemimpin politik antaranya Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan JanAdam Radlan Adam Muhammad didakwa di mahkamah berkaitan Jana Wibawa.
Program Jana Wibawa diperkenalkan ketika pentadbiran Muhyiddin dengan objektif mempercepatkan pelaksanaan projek dan meningkatkan ekonomi negara semasa pandemik Covid-19.
Dalam perkembangan lain, Azam berkata siasatan terhadap isu pengambilalihan pengurusan Menara KL telah lengkap dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada Peguam Negara. HM
Ada empat kertas siasatan Jana Wibawa lagi – SPRM
Baca Artikel Menarik:
- Gelombang Abah lebih besar dari Reformasi PKR – Takiyuddin
- Hadi langgar larangan kuliah di masjid
- Wan Fayhsal pertahan ‘rancang rampas kerajaan’ Hadi
- Syarikat, individu terlibat dalam perbicaraan Muhyiddin
- Ustaz Zainul Asri minta maaf
- 1MDB, Roger Ng dijatuhi hukuman penjara 10 tahun
- Muhyiddin akan didakwa lagi pada Isnin – Peja
- Anwar lantik Johari ketuai pasukan bertindak 1MDB
- Kerajaan tak menindas negeri pembangkang, malah tambah peruntukan – Anwar
- Lapangan Terbang Kulim: Syed Mokhtar kata maaf, belum sedia ambil projek – Anwar
- Skandal Jana Wibawa, syarikat Cina di Bumiputerakan – Anwar
- Hamzah sibuk hal UMNO
- Muhyiddin berdepan 6 tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]
Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]