Wan Fayhsal pertahan ‘rancang rampas kerajaan’ Hadi
Wan Fayhsal pertahan ‘rancang rampas kerajaan’ Hadi
Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mempertahankan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa Perikatan Nasional berhak merancang merampas kerajaan.
Menurut Ahli Parlimen Machang itu, Hadi sekadar menjelaskan bahawa perubahan kerajaan boleh berlaku dalam demokrasi berparlimen walaupun dengan keberadaan Akta Lompat Parti, namun telah “disalah erti” media.
“Apakah boleh berlaku penjajaran semula di Putrajaya? Sudah tentu boleh, selagi mana Ahli Parlimen diberi ruang untuk memilih seorang perdana menteri,” katanya dalam temubual FMT.
Beliau berkata undang-undang dan Perlembagaan tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen menyokong mana-mana wakil rakyat sebagai perdana menteri.
“Saya tak nak berspekulasi lah berkenaan ini, cuma saya boleh tegaskan, bahawa pilihan untuk menyokong salah seorang daripada kami menjadi perdana menteri sentiasa ada,” katanya.
Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang, dilapor berkata PN berhak merancang merampas kerajaan daripada pentadbiran Anwar Ibrahim, dan gabungan itu berusaha melalui pilihan raya dan Parlimen.
Mengulas seruan pemimpin PH yang mahu tindakan diambil terhadap Hadi, Wan Fayhsal berkata pihaknya melihat PH ketakutan.
“Kalau kamu betul-betul dapat sokongan 2/3 (di Dewan Rakyat), kenapa kamu takut? Kenapa kamu takut sampai menyuruh menteri dalam negeri menggunakan instrumen keselamatan membuat siasatan terhadap komen yang bersifat ilmiah?”
Beliau menepis dakwaan bahawa kenyataan Hadi itu bersifat menghasut.
“Kalau tak boleh tukar (pemerintah), kita diperintah oleh diktator,” katanya.
Sanggah dakwaan PN hipokrit
Sementara itu, Wan Fayhsal menyanggah kritikan penyokong kerajaan perpaduan bahawa PN hipokrit apabila menuntut PH mengotakan janji memberi peruntukan sama rata kepada wakil rakyat pembangkang.
“Sebab kami tak buat, sekarang kamu pun tak nak buat. Jadi apa beza kamu dan kami, dan untuk rakyat?” katanya kepada FMT.
Beliau mengingatkan bahawa meskipun Perikatan Nasional tak pernah menjanjikan peruntukan sama rata, ia sedia menerima cadangan daripada wakil rakyat lain, seperti apabila perdana menterinya, Muhyiddin Yassin, memberikan peruntukan khas kepada semua Ahli Parlimen ketika Covid-19 melanda.
“Sekurang-kurangnya, kalau tak nak beri peruntukan pembangunan, sebagai Ahli Parlimen kami berhak terima peruntukan lebih kurang RM300,000 untuk kami wujudkan pusat khidmat.
“Peruntukan itu bukan untuk bermewah atau perlu diminta. Sepatutnya ia menjadi hak kepada semua Ahli Parlimen,” katanya.
Atas kesedaran itu, Wan Fayhsal ditanya mengapa ‘hak’ itu tidak diberikan ketika PN memerintah.
“Itu kamu perlu ajukan kepada Muhyiddin. Saya tiada jawaban,” katanya.
“Ini masalah yang saya sendiri perlu akui. Kalau kita nak reformasi apa yang ada, kita institusikan hal peruntukan ini dalam satu akta yang jelas, supaya sesiapa sahaja yang jadi kerajaan perlu beri peruntukan yang sama adil.”
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau menyokong prinsip memberikan peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen, namun menyeru pembangkang untuk berunding dengan pemerintah.
Beliau juga mahu PN merenung kembali pemberian kepada wakil-wakil rakyat pembangkang di negeri yang ditadbir gabungan itu. FMT
Wan Fayhsal pertahan ‘rancang rampas kerajaan’ Hadi
Baca Artikel Menarik:
- Adakah Muhyiddin akan cakap serupa bikin, meletakkan jawatan jika didakwa?
- Muhyiddin didakwa esok – Sumber SPRM
- Jika setiap kes bermotif politik maknanya semua kes rasuah besar kita lepas? – Anwar
- Muhyiddin dilarang ke luar negara
- Nadia Brian Ditengking Influencer (Video)
- Hishammuddin boleh cadang pinda akta kuasa Menteri Dalam Negeri di Parlimen
- Zahid ingatkan menang pemilihan dalam UMNO, belum tentu jadi calon PRN
- Bakar kereta sendiri kerana marah gagal hidupkan enjin
- Ini punca mengapa Isteri Lee Chong Wei menangis teresak-esak [VIDEO]
- Bekas Ketua Polis Negara ciap ‘5 ciri isteri derhaka’ di Twitter
- ‘Rider’ tinggal motosikal selamat budak hampir dilanggar [VIDEO]
- Rasa menyesal bakar isteri, suami akhirnya menangis
- Boleh belanja puluh juta, tapi padang RM900,000 tak boleh buat – TMJ
Layari Laman Facebook MYKMU.NET