Nabila Huda dakwa dirinya tidak pernah ada musuh dalam industri

Aktres versatil, Nabila Huda tidak gemar sekiranya persahabatan terlerai atau dikatakan sudah ‘putus’.

Nabila Huda menjawab pertanyaan penyampai radio, Haiza Hanafi berhubung jenis rakan yang harus ditinggalkan.

“Kawan yang bagaimana Abil rasa patut kita tinggalkan dalam kehidupan ini?,” soal Haiza.



Nabila menjawab, dia sukar untuk meninggalkan persahabatan yang terjalin.

Pelakon filem Rahsia itu percaya perhubungan akan bersatu semula pada suatu masa kelak, meskipun pada awalnya sudah berjauhan atau ‘bergolak’.

“Saya sebenarnya susah untuk meninggalkan. Janganlah putuskan silaturahim yang ada, tapi kalau keadaan tak mengizinkan, itu tak payahlah kata putus. Dia akan pergi dengan sendirinya.

“Saya percaya jika silaturahim terputus sementara, apa-apa pun pasti akan berjumpa semula pada suatu hari nanti. Kita tak tahu pada masa akan datang.



“Kalau tak jumpa, mungkin dalam kehidupan akan datang atau mungkin masa kita sudah tua kerepot dan uzur.

“Masa itu mesti pasti kita terkenang cerita lama,” katanya dalam temubual bersama Stesen radio Kool 101.

Sementara itu, Nabila berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah atau bermusuhan dengan selebriti lain.

“Kalau boleh saya memang tak nak ada musuh dalam industri ini sebab untuk apa?



“Dan saya tak pernah buat hal dengan sesiapakan?,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, nama Nabila hangat menjadi bualan media sosial selepas mengakui tidak mengenali pelakon Nad Zainal yang mengakui tidak kisah sekiranya hilang kawan dari radar. – XTRA

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi



Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker