SPRM sahkan Muhyiddin akan dituduh lagi minggu depan
SPRM sahkan Muhyiddin akan dituduh lagi minggu depan
Tan Sri Muhyiddin Yassin akan sekali lagi dituduh di mahkamah, minggu depan, mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).
Pertuduhan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu adalah berikutan siasatan berkait kes Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, di sini, hari ini.
“Ya, betul,” katanya ketika ditanya berhubung perkara itu.
Bawah Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA 2001, jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.
Semalam, sejurus dibebaskan SPRM, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU, mengesahkan beliau akan berdepan tujuh pertuduhan di mahkamah.
Hari ini, bekas Perdana Menteri itu didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, atas enam pertuduhan meliputi empat menggunakan kedudukan untuk mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua lagi pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.
Bagaimanapun, Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Md Yasin, 76, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Azura Alwi.
Terdahulu, Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, memaklumkan bahawa Muhyiddin dijangka dikenakan lagi pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa di mahkamah di Shah Alam, Isnin depan. BH
SPRM sahkan Muhyiddin akan dituduh lagi minggu depan
Baca Artikel Menarik:
- Gelombang Abah lebih besar dari Reformasi PKR – Takiyuddin
- Hadi langgar larangan kuliah di masjid
- Wan Fayhsal pertahan ‘rancang rampas kerajaan’ Hadi
- Syarikat, individu terlibat dalam perbicaraan Muhyiddin
- Ustaz Zainul Asri minta maaf
- 1MDB, Roger Ng dijatuhi hukuman penjara 10 tahun
- Muhyiddin akan didakwa lagi pada Isnin – Peja
- Anwar lantik Johari ketuai pasukan bertindak 1MDB
- Kerajaan tak menindas negeri pembangkang, malah tambah peruntukan – Anwar
- Lapangan Terbang Kulim: Syed Mokhtar kata maaf, belum sedia ambil projek – Anwar
- Skandal Jana Wibawa, syarikat Cina di Bumiputerakan – Anwar
- Hamzah sibuk hal UMNO
- Muhyiddin berdepan 6 tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]
Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.