Rayuan gugurkan hakim Zaini, Rosmah tarik ‘handbrake’
Rosmah Mansor telah menarik balik rayuannya untuk menggugurkan Hakim Mahkamah Rayuan Mohamed Zaini Mazlan daripada perbicaraan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai RM7 juta.
Ini susulan kes Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap isteri bekas perdana menteri Najib Razak telah dipindahkan kepada hakim lain, berikutan Zaini dinaikkan daripada Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan.
Semakan pada senarai kertas kausa dalam talian menunjukkan bahawa kes itu kini dipengerusikan oleh pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi K Muniandy, dengan perbicaraan kes di hadapannya ditetapkan pada 12 Mei.
Ketika dihubungi petang ini, peguam Rosmah Geethan Ram Vincent mengesahkan pemfailan notis pemberhentian tindakan itu.
Salinan notis itu menunjukkan ia bertarikh 1 Mac.
Dia merayu terhadap keputusan Zaini ketika itu untuk menolak permohonannya untuk menggugurkan hakim itu daripada mendengar kesnya.
Berikutan Notis Pemberhentian, Mahkamah Rayuan telah membatalkan rayuan tersebut.
Sebelum ini, dilaporkan pihak pendakwaan bercadang memanggil antara 13 dan 14 saksi untuk memberi keterangan terhadap Rosmah dalam perbicaraan akan datang.
Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Kesalahan itu dikatakan dilakukan di Affin Bank Berhad, cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat bawah, 148 Jalan Ampang, Kuala Lumpur, antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017, dan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur, antara 1 Mei 2014, dan 1 Mei 2018.
Pertuduhan pengubahan wang haram berdasarkan Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) Akta tersebut, dengan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai hasil aktiviti menyalahi undang-undang atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.
Caj pengelakan cukai di bawah Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 mendakwa Rosmah gagal mengemukakan penyata pendapatannya bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada ketua pengarah LHDN pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016 , 2017, dan 2018 tanpa alasan yang munasabah, bertentangan dengan Seksyen 112 Akta.
Rosmah juga sebelum ini disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta oleh hakim sama dalam kes rasuah yang dikaitkan dengan projek tenaga hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuannya kepada Mahkamah Rayuan untuk membatalkan keputusan bersalah serta hukuman penjara dan denda.
Mahkamah Rayuan telah menetapkan 11 Julai untuk mendengar rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Gelombang Abah lebih besar dari Reformasi PKR – Takiyuddin
- Hadi langgar larangan kuliah di masjid
- Wan Fayhsal pertahan ‘rancang rampas kerajaan’ Hadi
- Syarikat, individu terlibat dalam perbicaraan Muhyiddin
- Ustaz Zainul Asri minta maaf
- 1MDB, Roger Ng dijatuhi hukuman penjara 10 tahun
- Muhyiddin akan didakwa lagi pada Isnin – Peja
- Anwar lantik Johari ketuai pasukan bertindak 1MDB
- Kerajaan tak menindas negeri pembangkang, malah tambah peruntukan – Anwar
- Lapangan Terbang Kulim: Syed Mokhtar kata maaf, belum sedia ambil projek – Anwar
- Skandal Jana Wibawa, syarikat Cina di Bumiputerakan – Anwar
- Hamzah sibuk hal UMNO
- Muhyiddin berdepan 6 tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]
Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]