Bomba Berjaya Keluarkan Kanak-kanak Lelaki Terkunci Dalam Kereta

Bomba Berjaya Keluarkan Kanak-kanak Lelaki Terkunci Dalam Kereta

IPOH: Khidmat khas bomba diperlukan bagi mengeluarkan seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap di dalam kenderaan di Kampung Tersusun Tanah Hitam, di sini, malam tadi.

Difahamkan, kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang dikenali sebagai Mohd Firas Danial Ahmad Syukri itu tertidur di dalam kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux.



Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.59 malam.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun bergerak ke lokasi bagi menjalankan khidmat khas mangsa terperangkap dalam kenderaan.

“Dipercayai ketika itu ahli keluarga mangsa keluar dari kereta tersebut, bagaimanapun kereta itu autolock (terkunci secara automatik).

“Mangsa pula ketika itu sedang tidur dan terperangkap dalam kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Justeru, katanya, anggota bomba melakukan kerja menyelamat menggunakan peralatan khas, seterusnya menurunkan cermin tingkap.



Anggota bomba berjaya membuka kereta yang terkunci dan mengeluarkan mangsa dengan selamat.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Suhaimi Nijar itu tamat pada jam 10.27 malam.AA

Bomba Berjaya Keluarkan Kanak-kanak Lelaki Terkunci Dalam Kereta

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya



Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker