Sah Muhyiddin didakwa esok dengan ‘banyak pertuduhan’ – Sumber

Sah Muhyiddin didakwa esok dengan ‘banyak pertuduhan’ – sumber

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki, mengesahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin akan didakwa esok.

Setakat laporan ditulis, SPRM masih mengambil keterangan Muhyiddin yang tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, pada 11.15 pagi tadi, lapor Bernama.



Terdahulu sumber SPRM memberitahu Malaysiakini bahawa Muhyiddin akan menghadapi banyak pertuduhan jenayah di mahkamah di Kuala Lumpur esok.

Menurut sumber yang dekat dengan siasatan, dia akan didakwa bawah beberapa peruntukan mengikut Akta SPRM.

Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada agensi antirasuah itu akan menahan Muhyiddin semalaman sebelum membawanya ke mahkamah, kerana pegawai penyiasat masih belum membuat keputusan.

“Setakat ini saya tidak boleh menyatakan sama ada mereka akan menangkapnya.



“Mereka akan memutuskannya selepas merakamkan kenyataannya,” kata sumber yang enggan dikenali itu.

Muhyiddin malam tadi mengesahkan diarahkan SPRM untuk hadir ke ibu pejabatnya, hari ini tetapi tidak memberikan butiran siasatan.

Bulan lalu, Muhyiddin disiasat berkaitan siasatan terhadap dua akaun bank Bersatu, yang telah dibekukan.

SPRM membekukan akaun bank berkenaan untuk membantu siasatan bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan. Kedua-dua akaun itu dilaporkan mempunyai kira-kira RM40 juta.



Muhyiddin adalah yang individu terbaru dalam siri pertuduhan yang dikenakan terhadap pemimpin Bersatu sejak pertengahan Februari.

Pada 21 Feb, Wan Saiful Wan Jan didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah sebanyak RM6.96 juta pada 2022.

Beberapa pertuduhan turut dikenakan terhadap Timbalan Ketua Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad.

Menurut SPRM, pertuduhan itu berkaitan dengan skim Jana Wibawa – projek rangsangan oleh pentadbiran Muhyiddin ketika itu sebagai sebahagian daripada usaha bantuan wabak Covid-19.



Perkembangan siasatan kes berkenaan mendapat liputan ramai pengamal media tempatan dan asing, selain penyokong PN yang berkumpul di luar bangunan SPRM sejak tujuh pagi. Mk

Sah Muhyiddin didakwa esok dengan ‘banyak pertuduhan’ – sumber

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu

Sudah terlambat Sol – Puteri Sarah



Syamsul Saja Nak ‘Torture’ Mental Puteri Sarah?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker