Anwar beri amaran ‘bekas pemimpin negara’ pulangkan wang dan harta yang kamu curi daripada rakyat

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada ‘bekas pemimpin negara’ tanpa menamakannya

Perdana Menteri Anwar Ibrahim amaran dan kata dua kepada bekas pemimpin negara supaya menyerahkan kembali segala harta yang didakwa dikumpul secara salah atau berdepan dengan siasatan pihak berkuasa.

Tanpa menyebut nama pemimpin yang dimaksudkan katanya, penegasan mengenai perkara itu sudah dibuat sebanyak tiga kali namun pemimpin itu tidak memberikan sebarang respon.

Anwar berkata jika benar pemimpin tersebut memperjuangkan nasib orang Melayu, segala harta yang ‘dicuri’ perlu dijual semula dan dikembalikan untuk membantu orang Melayu yang miskin.

“Betul nak tolong Melayu? Harta kamu jual yang di London, jual yang di Australia, kapal terbang jual dan bagi kepada orang-orang miskin.

“Ada dia jawab? Tak ada jawab. Tiga kali saya tegaskan termasuk malam ini, kamu mesti pulangkan balik wang dan harta yang kamu curi daripada rakyat.

“Jika tidak saya akan minta semua badan supaya siasat dengan pergi ke rumah dia, pergi ke pejabat dia, semak akaun dia.

“Jika dia mahu kata ini dendam, dendam hotak kamu,” katanya ketika berucap pada program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kelantan.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri merangkap pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.

Anwar yang juga pengerusi PH menegaskan hasil yang dicuri daripada itu perlu diambil semula kerana ia satu kesalahan.

Tambahnya, negara mempunyai undang-undang dan mereka yang didapati bersalah tetap bersalah.

“Apabila dia kena, (kata) kita zalim, dendam, menganiayai, kita dah rancang.

“Ada pemimpin (buat) bermasalah dengan raja, salah Anwar. Yang lapor ahli dewan diraja, yang murka Sultan, yang tangkap polis, yang dakwa peguam negara, tapi dia kata Anwar Ibrahim salah,” katanya merujuk kes membabitkan Menteri Besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.

Sementara itu Anwar berkata dalam pentadbirannya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) diarahkan melakukan pemeriksaan di kalangan menteri sama ada mereka terbabit dalam pengambilan kontrak atau saham.

Jelasnya, pendekatan itu dilakukan bagi menyelamatkan negara dan tidak mahu wang yang sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat, disalah guna.

“Kita nak hentikan amalan pemimpin curi kekayaan dan alhamdulillah semua pihak beri sokongan padu atas usaha saya itu,” ujarnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna

Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik

Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau

Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker