Salah kiblat, solat perlu qada atau tidak?

Salah kiblat, solat perlu qada atau tidak?

Pada dasarnya menghadap kiblat ketika solat adalah syarat sah solat dan hukumnya wajib. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah: 150,

“Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah), dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya”



Selain itu dalam hadis Baginda s.a.w. juga ada disebutkan,

“Apabila engkau hendak bersolat, berwuduklah dengan sempurna, kemudian menghadaplah ke arah kiblat dan bertakbir” (HR Bukhari & Muslim)

Secara umumnya apabila seseorang yang berada berhampiran dengan Kaabah maka dia wajib menghadap Kaabah tersebut dengan yakin di mana kedudukan sebenar Kaabah. Manakala bagi yang jauh dari Kaabah seperti kita di Malaysia, maka dia perlu berpandukan kepada petunjuk-petunjuk yang kukuh dan yakin di mana kedudukan kiblat sebenar setelah dia berusaha mencarinya seperti menggunakan kompas atau berpandukan kepada kiblat di masjid.

Walau bagaimanapun sekiranya ketika sedang solat dan dia dapati arah kiblatnya salah maka ada dua kaedah berdasarkan kepada mazhab Syafie. Pertama, dia perlu memulakan semula solatnya ke arah ijtihad kiblat yang tepat.



Manakala kaedah kedua ialah tidak perlu memulakan solat semula dan cukup hanya berpaling anggota tubuh dan mukanya ke arah ijtihad kiblat yang baru dan tepat. Ini merupakan pendapat yang paling tepat dan sahih dalam mazhab Syafie, sekalipun dia perlu beralih beberapa kali dalam solat bagi mendapatkan kiblat yang tepat. Dan solatnya masih tetap sah.

Akan tetapi jika selesai solat barulah dia ketahui bahawa arah kiblatnya salah, maka dalam hal ini menurut pandangan Imam an-Nawawi dia wajib mengulanginya semula kerana hujahnya bersandarkan kepada firman Allah dan hadis yang di sebut di atas.

Sedangkan bagi Imam al-Ramli, tidak perlu diulang semula kerana dia telah berijtihad kepada arah kiblat yang dia yakini sebelumnya sebelum solat. Dan ini juga dipersetujui oleh Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal. Apapun sekiranya dia berasa was-was, lebih baik diulang semula solatnya supaya keyakinan solatnya lebih utuh dan dia beroleh ganjaran pahala yang lebih banyak.

Sementara itu, jika seseorang yang selama ini solat dan yakin ini arah kiblatnya berpandukan kompas atau maklumat dari orang tempatan, tetapi akhirnya dia mendapat tahu yang kiblatnya adalah tersasar atau salah maka solatnya selama dia khilaf itu adalah sah dan tidak perlu diqada atau digantikan semula.



Melainkan jika dia memang tahu arah kiblatnya salah dan masih terus mengekalkannya maka hukum solatnya adalah tidak sah. Walau bagaimanapun jika tersasar sedikit mungkin beberapa inci atau sentimeter maka tetap sah solatnya dan dimaafkan. Wallahu a’lam Utv

Salah kiblat, solat perlu qada atau tidak?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



“Ingat LRT bapak kau punya”

A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi



Syamsul enggan cerai Puteri Sarah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker