Pencinta kucing minta kerajaan buat Menu ‘Rahmeow’

Selepas Menu Rahmah, pengguna media sosial meminta agar kerajaan memperkenalkan Menu Rahmeow bagi menampung perbelanjaan haiwan peliharaan mereka.

Menerusi ciapan oleh Idris Halba yang berunsur jenaka, dia menyebut nama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil memuat naik gambar makanan-makanan haiwan.

“Salam @anwaribrahim. Mohon buat Menu Rahmeow untuk makanan kucing. Harga semakin naik, kucing pula taste T10,” ciapnya.



Sehingga kini ciapannya telah mendapat 3,396 perkongsian dan 3,797 tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, Kosmo! mendapati ramai yang terhibur dengan ciapan berkenaan disamping bersetuju agar makanan bintang peliharaan dapat ‘dirahmahkan’.

“Saya sokong. Makanan kucing sekarang mahal. Terpaksa tukar makanan kucing, tetapi semua murung terus,” ciap Gia.

“Saya pernah cadangkan satu bentuk pelepasan cukai “haiwan kesayangan”. Tidak dapat banyak sikit pun jadilah. Sekurang-kurangnya dapatlah manusia dan haiwan berkongsi rezeki,” komen John.



“Kita yang jual satu jenama popular ini pun rasa serba salah ingin umum yang harga naik,” komen pengguna yang lain pula

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Ingat LRT bapak kau punya”

A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi



Syamsul enggan cerai Puteri Sarah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker