Tiada petunjuk, pencarian pelajar tahfiz lemas dihentikan sementara
BACHOK – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelajar tahfiz, Ahmad Fadhullah Mohamad, 12, yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari benteng penghadang ombak di Pantai Kemayang di sini hari ini dihentikan buat sementara waktu.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, operasi tersebut dihentikan pada pukul 7.30 malam tadi selepas SAR dijalankan selama 11 jam gagal menemui sebarang petunjuk.
Menurutnya, SAR yang melibatkan seramai 67 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi akan disambung semula pagi esok.
“Bagaimanapun, kita akan menempatkan anggota dari semua agensi terlibat untuk menjalankan pemantauan di sepanjang pantai malam ini.
“Kita menjangkakan mangsa akan ditemui dalam tempoh 24 jam. Semua anggota bertugas sentiasa memantau dari masa ke semasa di sepanjang pantai berkenaan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian sebentar tadi.
Sementara itu, ibu mangsa, Rosnani Mat Salleh,60, berkata, seluruh ahli keluarga berdoa agar Ahmad Fadhullah dijumpai dengan segera dan berterima kasih kepada semua yang terlibat mencari anaknya sepanjang hari.
“Saya dan keluarga akan mengadakan solat hajat memohon agar Ahmad Fadhullah dijumpai di lokasi dia lemas,” katanya.
Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang pelajar tahfiz dikhuatiri lemas selepas tergelincir sebelum terjatuh dari kawasan benteng penghadang ombak di Pantai Kemayang di sini semasa melihat pemandangan air pasang di pantai tersebut pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, Ahmad Fadhullah masih belum dijumpai manakala kakak, Nurul Afiqah, 19, dan anak saudaranya, Muhamad Nabil Irfaan Ismail Mokhtar, 11, sempat diselamatkan oleh ahli keluarga mereka.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Biar Hadi terus merancang dan mengigau – Anwar
- Nurul Shuhada kena 10 jahitan selepas tiga kali ditumbuk Hafidz Roshdi
- Anwar heret Awang ke mahkamah
- Permulaan baik untuk banyak perkara – Shafee
- Mahathir mungkin presiden baru Putra
- Terima kasih Hafidz untuk cacat kekal pada wajahku – Nurul
- Lelaki minum ‘beer, stout’ sambil baca Bismillah?
- Dividen KWSP dijangka hanya 5.5 peratus
- Najib, Arul Kanda bebas tuduhan pinda laporan audit 1MDB
- Kriteria lelaki idaman Intan Serah
- Senarai penuh calon MKT UMNO yang bertanding pada pemilihan kali ini
- Ada pihak mahu kuburkan Umno Sabah – Bung
- Tidak layak! Tiga pencalonan Ketua Pemuda UMNO ditolak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama
Fizz Fairuz kena sembur dengan Along
You must be logged in to post a comment.