MTUC anggap dividen KWSP masih baik berbanding institusi pelaburan lain
KUALA LUMPUR: Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diumumkan 5.35 peratus untuk simpanan konvensional manakala 4.75 peratus simpanan syariah bagi tahun lalu masih baik selepas mengambil kira kesuraman ekonomi global dalam tempoh tersebut.
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, jika dibuat perbandingan dengan institusi pelaburan lain termasuk perbankan, KWSP terus mengekalkan pulangan dividen terbaik iaitu lebih lima peratus untuk simpanan konvensional berbanding Amanah Saham Bumiputera (ASB) 5.10 sen seunit termasuk bonus tambahan pada tahun lalu.
“Walaupun kurang daripada tahun lepas iaitu 6.10 peratus untuk simpanan konvensional dan 5.65 peratus untuk simpanan syariah, kita di MTUC masih melihat pemberian dividen KWSP sebagai sesuatu yang positif.
“KWSP bukan institusi perbankan tetapi bentuk pelaburan jangka panjang dan kalau kita lihat dari segi pasaran pun masih menurun. Jadi kalau lihat dari segi impak penurunan perolehan tetapi KWSP masih memberi dividen yang baik dan munasabah,” kata beliau ketika dihubungi semalam.
Menurut beliau, pihaknya yakin kadar dividen KWSP akan meningkat semula pada tahun berikutnya berdasarkan sistem pentadbiran yang baik badan itu dan ditambah dengan sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjaga wang persaraan rakyat.
DIVIDEN
“Kita percaya akan berlaku peningkatan dividen pada tahun-tahun berikutnya sebab sejak Kerajaan Perpaduan tiada lagi siri pengeluaran dibenarkan.
“Dividen bukan sahaja berdasarkan ekonomi negara tetapi termasuk dunia kerana kita melabur dalam dan luar negara dan sudah tentu memberi kesan ketika ekonomi tidak baik.
“Jadi kita yakin akan berlaku peningkatan tahun berikutnya kerana jika kita lihat pada 2022 pun kita masih boleh mencapai lima peratus ke atas dan saya harap dengan kesungguhan Perdana Menteri pelaburan KWSP terus melonjak, “ kata beliau.
Senada beliau, pakar ekonomi Prof. Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd. Dali berkata, walaupun terdapat penurunan dividen 0.75 peratus kepada simpanan konvensional manakala 0.9 peratus simpanan syariah namun kadar dividen masih positif.
Menurut, jika dalam keadaan ekonomi suram tetapi KWSP masih mengumpul keuntungan bermakna pengurusan dana pesaraan rakyat itu dalam landasan betul dan memberi keyakinan kepada pencarum.
“Dividen KWSP masih baik selepas mengambil kira pasaran Malaysia dan global tidak rancak tetapi KWSP mampu bertahan.
RAMALAN
“Lebih menggembirakan pencarum apabila ramalan dividen sepatutnya lebih rendah berbanding diumumkan.
“Ramalan itu pula turut mengambil kira Indeks Bursa Malaysia yang tidak konsisten sekitar paras 1,480. Jadi dividen kali ini juga turun sedikit kerana ia turut bergantung kepada prestasi pasaran,” kata beliau.
Justeru, Nuradli yakin, pencarum berpuas hati dengan pengumuman dividen semalam yang dianggap munasabah walaupun berlaku penurunan berbanding tahun 2021.
Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan pencarum KWSP menerima dividen 4.75 peratus bagi simpanan syariah manakala 5.35 peratus untuk simpanan konvensional bagi tahun 2022.
Menurut beliau, jumlah pembayaran bagi keseluruhan dividen bagi 2022 adalah sebanyak RM51.14 bilion kepada 15 juta ahli, dengan simpanan konvensional sebanyak RM45.44 bilion, manakala simpanan syariah sebanyak RM5.7 bilion.
Kata beliau, setakat 31 Disember 2022, KWSP merekodkan pendapatan pelaburan kasar bernilai RM55.33 bilion, berbanding RM68.89 bilion pada 2021.
Kata beliau, prestasi itu dipacu ketidaktentuan pasaran dan penilaian rendah dalam pasaran ekuiti dan pendapatan tetap.
“Pembayaran RM51.14 bilion memanfaatkan lebih 15 juta ahli, termasuk ahli sektor tidak formal yang berdaftar dengan i-Saraan, iaitu sebuah program caruman sukarela berasaskan insentif,” kata beliau.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Biar Hadi terus merancang dan mengigau – Anwar
- Nurul Shuhada kena 10 jahitan selepas tiga kali ditumbuk Hafidz Roshdi
- Anwar heret Awang ke mahkamah
- Permulaan baik untuk banyak perkara – Shafee
- Mahathir mungkin presiden baru Putra
- Terima kasih Hafidz untuk cacat kekal pada wajahku – Nurul
- Lelaki minum ‘beer, stout’ sambil baca Bismillah?
- Dividen KWSP dijangka hanya 5.5 peratus
- Najib, Arul Kanda bebas tuduhan pinda laporan audit 1MDB
- Kriteria lelaki idaman Intan Serah
- Senarai penuh calon MKT UMNO yang bertanding pada pemilihan kali ini
- Ada pihak mahu kuburkan Umno Sabah – Bung
- Tidak layak! Tiga pencalonan Ketua Pemuda UMNO ditolak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama
You must be logged in to post a comment.