Mahu duduk rumah PPR, wajib jalani kursus kesedaran sivik – Menteri

 

 

KUALA LUMPUR: Bermula tahun ini, individu yang akan memiliki rumah berstrata bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) perlu menghadiri kursus kesedaran sivik bagi mendapatkan kesedaran, pemahaman dan tanggungjawab mengenai hidup berkomuniti dan adab kejiranan.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, kursus berkenaan akan meliputi taklimat mengenai pentingnya membayar yuran penyelenggaraan, menjaga kebersihan dan mengelakkan vandalisme.

“Kesedaran sivik yang tinggi akan menjadikan komuniti tersebut lebih mesra alam dan mesra komuniti,” katanya dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.

“Sebab itu mereka perlu hadir kursus kesedaran sivik kerana semua pihak perlu faham, apabila kita menikmati kemudahan (disediakan di perumahan), ada juga tanggungjawabnya oleh penghuni. Oleh itu, sebelum ambil kunci rumah kena hadir kursus.”

PPR ialah program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah yang dilaksana Jabatan Perumahan Negara.

Program itu terdiri daripada dua kategori, iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki, kedua-duanya menggunakan spesifikasi perancangan dan reka bentuk perumahan kos rendah ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).

Bagaimanapun, terdapat banyak isu dikaitkan dengan penduduk PPR seperti vandalisme, kebersihan serta adab kejiranan sehingga turut dilaporkan dalam media tempatan.

Nga berkata, pihaknya menyarankan semua PPR sedang dirancang turut merangkumi unsur-unsur komersial seperti memiliki kedai serbaneka dan kemudahan perbankan, selain utiliti asas seperti internet, elektrik dan air bagi menambah daya tarikan bagi perumahan berkenaan.

“Kita akan masukkan ciri-ciri baharu pada projek perumahan ini supaya lebih berdaya huni, mesra alam, mesra penghuni dan masukkan elemen komersial serta landskap lebih selesa kepada penghuni,” katanya.

Nga berkata, menerusi Bajet 2023, sebanyak RM367 juta diperuntukkan bagi pembangunan PPR baharu yang akan memanfaatkan 12,400 penghuni, manakala RM358 juta bagi pembinaan 4,250 unit Rumah Mesra Rakyat bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Menerusi belanjawan itu juga, kira-kira 100,000 penghuni di 56 PPR akan menikmati internet percuma selama sembilan bulan, tambahnya.

“Tahun ini juga kita berjaya dapat peruntukan khas RM50 juta untuk tukar lif rosak dan usang di PPR.

“Saya sasar tukar 100 lif setahun, sepenggal (pemerintahan) boleh tukar 500 lif,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker