Giliran Adun Karamunting umum keluar Warisan, sertai Gagasan Rakyat

Giliran Adun Karamunting umum keluar Warisan, sertai Gagasan Rakyat

Warisan kehilangan seorang lagi wakil rakyatnya apabila Adun Karamunting, George Hiew Vun Zin mengumumkan keluar parti dan menyertai Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

George berkata, beliau membuat keputusan itu demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat di Karamunting, lapor Harian Metro.



Katanya, situasi politik tidak menentu menyebabkan perkembangan ekonomi dan kemajuan Sabah terbantut, termasuk di kawasan Karamunting di Sandakan.

“Rakyat sudah penat dengan kemelut politik di Sabah. Hanya dengan kestabilan politik yang utuh kita boleh membawa pembangunan dan perubahan, khususnya di Karamunting yang masih dahagakan pelbagai pembaharuan dan pembangunan.

“Demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat di kawasan Karamunting, saya membuat keputusan untuk menyokong kepimpinan kerajaan perpaduan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan Sabah di bawah kepemimpinan Hajiji Noor,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berterima kasih kepada Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal atas peluang yang diberikan kepadanya dalam arena politik.



“Namun, sekarang adalah masa memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian untuk menyatupadukan rakyat Sabah, membangunkan Sabah dan menuntut hak-hak kita yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Saya akan menyumbangkan segala tenaga dan masa saya untuk bekerja dan memastikan kebajikan rakyat di kawasan saya akan terus terjaga, di samping membawa pembangunan yang diperlukan di Karamunting,” katanya.

Bulan lalu, empat Adun Warisan turut mengumumkan keluar parti, mereka terdiri daripada Norazlinah Arif (Kunak), Mohamad Mohamarin (Banggi), Chong Chen Bin (Tanjung Kapor) dan Datuk Awang Ahmad Sah Sahari (Petagas).

George memenangi kerusi DUN Karamunting atas tiket Warisan pada pilihan raya umum 2018 dan pilihan raya negeri (PRN) Sabah 2020.



Berikutan perkembangan terbaru itu, Warisan kini hanya memiliki 14 Adun termasuk dua bekas Adun DAP daripada 23 Adun selepas PRN 2020. FMT

Giliran Adun Karamunting umum keluar Warisan, sertai Gagasan Rakyat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along



Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker