Langgar penghadang kereta api, penunggang motosikal hampir jadi arwah

Dua individu tersebut mengelak penghadang, melanggar lampu isyarat merah dan melintasi laluan lintasan kereta api. – PA

Seorang penunggang motosikal dan pembonceng nyaris dirempuh sebuah kereta api yang dipandu pada kelajuan 112.65 kilometer sejam di Sussex Barat, England, lapor akhbar The Sun.

Dalam kejadian yang dirakam sistem televisyen tertutup (CCTV), pasangan tersebut mengelak penghadang, melanggar lampu isyarat merah dan melintasi laluan lintasan kereta api pada 21 Februari lalu.

Pemandu perkhidmatan kereta api dari Brighton ke Southampton pada pukul 2.30 petang (waktu tempatan) itu terpaksa memberhentikan tren secara mengejut dan menenangkan dirinya sebelum meneruskan perjalanan. Ia menyebabkan kelewatan kepada para penumpang yang menaiki kereta api tersebut.

Pengarah rangkaian Network Rail untuk Sussex, Lucy McAuliffe berkata: “Dua kematian hampir berlaku di landasan kereta api minggu lalu.”

Sementara itu, Inspektor Polis Pengangkutan British (BTP), Emma Boulton berkata, penunggang tersebut secara terang-terangan tidak mengendahkan lampu merah di hadapannya.

“Mereka hanya beberapa saat terlepas daripada rempuhan yang benar-benar dahsyat dan pasti akan membawa maut sekiranya terjadi,” ujarnya. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker