Doktor tersilap potong zakar pesakit disangka hidap tumor

Doktor tersilap potong zakar pesakit disangka hidap tumor

Seorang doktor di Itali secara tidak sengaja mengerat zakar seorang pesakit lelaki selepas membuat diagnosis yang salah, lapor akhbar The Sun semalam.

Pakar urologi berusia 30 tahun di bandar Arezzo memotong kemaluan pesakit berusia lewat 60-an itu selepas kesilapan dalam diagnosis yang menyangka zakar lelaki itu mempunyai tumor.



Selepas menemui doktor berhubung masalah zakarnya, lelaki terbabit menjalani ujian dan diperiksa oleh pakar urologi tersebut.

Dia kemudian dimaklumkan menghidap tumor dan menjalani pembedahan sebulan kemudian di Hospital San Donato pada 13 November 2018.

Walaupun prosedur amputasi itu berjalan lancar, pembedahan itu kemudian didakwa sama sekali tidak diperlukan.

Menurut laman berita Corriere Arezzo, doktor gagal melakukan biopsi terhadap tumor tersebut. Laporan menunjukkan lelaki itu sebaliknya menghidap sifilis.



Pesakit itu kini cuba mendapatkan pampasan berikutan kesilapan itu. Perbicaraan awal kes tersebut dijadualkan pada 9 Mac depan di Arezzo.

Mangsa mengadu dia kini sukar membuang air kecil dan tidak lagi dapat melakukan hubungan seks. K Online

Doktor tersilap potong zakar pesakit disangka hidap tumor

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along



Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker