Saya dalam tempoh bertenang – Tajuddin

Bekas ketua Umno Pasir Salak berkata beliau ingin mengelak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan susulan krisis dengan parti.

Saya dalam tempoh bertenang – Tajuddin

Tajuddin Abdul Rahman berkata beliau dalam tempoh bertenang dan ingin mengelak daripada membuat sebarang kenyataan susulan krisis dalaman Umno melibatkan dirinya dengan kepimpinan sebelum ini.

Bekas ketua Umno Pasir Salak itu berkata, beliau cuma berharap isu terbabit dapat diselesaikan secara baik dan enggan membuat sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya sekarang mendiamkan diri, tak banyak buat kenyataan kerana saya dalam tempoh bertenang.

“Kalau ada salah faham saya dengan mana-mana pihak, kalau boleh saya tak nak berpanjangan, mahu diselesaikan secara baik,” katanya menurut Sinar Harian.

Bagaimanapun, Tajuddin berkata tindakannya itu bukan bermakna beliau mengalah biarpun sebelum ini dikenali sebagai seorang yang lantang memberikan pandangan.

Katanya, beliau akan tetap memberikan teguran jika ada perkara yang menyalahi prinsip dan perjuangan parti.

“Tetapi sebolehnya mari kita cari jalan yang tak perlu konfrontasi, baik dengan pemimpin atau ahli,” katanya.

Menurutnya, dia tetap dengan pendirian untuk bersama Umno walaupun pernah ditawarkan menyertai parti lain.

“Apa pun jadi saya bersama Umno. Selagi badan sihat, umur panjang saya akan terus berjuang dalam Umno. Bukan mengejar jawatan, tetapi demi Umno dan ahli-ahlinya juga untuk agama Islam dan orang Melayu,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, keahlian Tajuddin digantung selama enam tahun pada Oktober tahun lalu namun beliau memperlekehkan keputusan itu dengan mendakwa ia bukan “hukuman mati”.

Keputusan itu dibuat selepas beliau dilihat secara terbuka mengkritik Umno berikutan penyingkirannya sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada Jun 2022.

Beliau turut menggesa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan selepas penyingkirannya.

Sementara itu, mengenai anaknya, Faizal yang bertanding jawatan ketua Umno Pasir Salak pada pemilihan kali ini, Tajudin melihat ia sebagai kebangkitan generasi baharu yang sedar mengenai tanggungjawab sebagai pemimpin.

Katanya, Umno kini tidak seperti dahulu dan perubahan kepimpinan diperlukan supaya generasi akan datang tidak hanya mewarisi di atas namanya semata-mata.

“Saya sebagai ahli selama lebih 50 tahun bermula dari peringkat bawah sampailah Majlis Tertinggi tidak akan rela melihat Umno terutama di Pasir Salak ini lumpuh.

“Perkhidmatan Umno kepada rakyat mesti dikembalikan, barulah parti ini dapat berjasa kepada rakyat,” katanya. FMT

Saya dalam tempoh bertenang – Tajuddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul, lepaskan saya – Puteri Sarah

Mentega Terbang, Jakim diarah ambil tindakan – Menteri

Cubaan sabotaj kerajaan, Hadi Awang dikecam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker