Bersatu lebih relevan daripada Umno? Tidak semestinya – penganalisis

Bersatu lebih relevan daripada Umno? Tidak semestinya – penganalisis

Seorang penganalisis menolak dakwaan mengatakan generasi muda menganggap Bersatu lebih relevan berbanding Umno.

Felo Majlis Profesor, Jeniri Amir, berkata Bersatu bergantung kepada hubungannya dengan PAS, sekutu Perikatan Nasional (PN). Tanpa PAS, “Bersatu tidak akan ke mana”, katanya.



Dakwaan itu dibuat oleh bekas ketua penerangan Bersatu Wan Saiful Jan baru-baru ini.

Jeniri memberitahu Bersatu kini mungkin kehilangan segelintir penyokong kerana kes mahkamah terhadap pemimpinnya.

“Dengan banyaknya kes yang menjejaskan kepimpinan parti, termasuk Wan Saiful, saya rasa pengundi Melayu akan mengubah persepsi mereka terhadap parti itu,” katanya.

Wan Saiful baru-baru ini didakwa menerima rasuah RM6.9 juta dan meminta jumlah yang tidak dinyatakan berhubung projek jalan raya RM232 juta di bawah inisiatif Jana Wibawa. Dia mengaku tidak bersalah.



Timbalan Ketua Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad turut didakwa atas tuduhan rasuah berhubung inisiatif itu, bertujuan membantu kontraktor Bumiputera semasa pandemik Covid-19.

Ketua parti Muhyiddin Yassin kini disiasat dalam kes berkaitan Jana Wibawa.

Jeniri mendakwa bahawa kes itu telah mencemarkan imej Bersatu sebagai parti yang bersih.

“Ia mendakwa parti yang lebih bersih berbanding Umno, tetapi jika tuduhan itu ternyata benar, maka ia tidak ada beza dengan Umno,” katanya.



Seorang lagi penganalisis, James Chin dari University of Tasmania, berkata hanya keputusan pilihan raya negeri akan datang akan membuktikan dakwaan Wan Saiful, tetapi beliau mengakui Bersatu kelihatan lebih kuat daripada Umno memandangkan corak pengundian pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun katanya, undi Melayu masih “untuk direbut”

“Memang PAS adalah sumber kekuatan utama Bersatu, tetapi di kawasan yang PAS tidak kuat, Bersatu juga mempunyai sokongan sendiri,” katanya.

“Kita tidak seharusnya mengambil mudah bahawa undi Melayu kekal di satu tempat. Ia bergerak. Itulah sebabnya ramai orang terkejut dengan kebangkitan PAS, yang menarik undi Melayu pada PRU15.”



Pada pilihan raya umum lalu, Perikatan Nasional memperoleh 54% undi Melayu.

Berbeza dengan Jeniri, Chin tidak menyangka kes mahkamah semasa melibatkan pemimpin Bersatu akan memberi kesan besar kepada parti.

“Ini bermakna Bersatu akan menjadi lebih sukar untuk menuduh Umno, atau presidennya Ahmad Zahid Hamidi ada kes rasuah kerana orangnya sendiri juga sedang dibicarakan,” katanya. FMT

Bersatu lebih relevan daripada Umno? Tidak semestinya – penganalisis



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya tak peduli kalau dia hamil – Puteri Sarah



Janda dibunuh, dicincang oleh skandal

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 2)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker