Shuib jatuh cinta dengan Watie kerana pinggangnya

Shuib jatuh cinta dengan Watie kerana pinggangnya

“Sebab i suka pinggang awak.”

Itu respons nakal Shuib menjawab pertanyaan isterinya, Watie Hanifiah tentang apakah kriteria yang membuatkan lelaki itu jatuh cinta kepadanya.

Lebih setahun berumah tangga, pelawak juga usahawan popular itu mendedahkan, hatinya nekad memperisterikan Watie kerana mendakwa pinggang wanita pemilik nama penuh Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah itu sangat istimewa.

“Saya sayang awak sebab saya rasa tiada orang yang sama seperti awak. Salah satu sebab kerana suka pinggang awak.

“Bila pegang pinggang awak, rasa macam wah, inilah pinggang yang saya akan pegang selamanya,” katanya sambil ketawa.

Dalam masa sama, Shuib turut mengakui dia yang memulakan langkah meluahkan rasa cinta terhadap Watie ketika awal perkenalan mereka.

Rata-rata maklum perkara dizahirkan Shuib hanya gurauan, selain mendoakan kebahagiaan mereka terus berkekalan.

“Kemain eh pinggang. Semoga berbahagia hingga ke Jannah,” kata peminat.

“Bersemut (romantik). Memang lenguh pipi mummy (Watie) asyik ketawa sahaja,” ujar pengikut.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 23 Jun lalu selepas hampir dua tahun ahli perniagaan dan bekas penyampai radio itu menduda.

Sebelum ini Shuib atau Shahmira Muhammad, 40, berkahwin dengan Siti Sarah pada 2011, namun penyanyi menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan Covid-19 pada 9 Ogos 2021.

Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 9, dan Ayash Affan, 3. K Online

Shuib jatuh cinta dengan Watie kerana pinggangnya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?

Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”

Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen

Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker