Pemandu ‘King’ maut rempuh lori sawit

Keadaan kereta Perodua Myvi dipandu Mohd. Shahrul Nizan yang terlibat dalam kemalangan maut di 13, Jalan Jerangau – Jabor berhampiran Ladang TDM Pelantoh, Kemaman hari ini.

 

KEMAMAN – Seorang lelaki maut selepas kereta ‘King’ atau Perodua Myvi dinaikinya merempuh sebuah lori treler di Kilometer 13, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Ladang TDM Pelantoh di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 2.15 petang itu, mangsa, Mohd. Shahrul Nizan Kamarudin, 30, yang berasal dari Bandar Seri Bandi di sini maut akibat kecederaan parah pada bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Jerangau, Dungun dari Jabor di sini.



“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Myvi dipandu mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah lori treler membawa muatan anak kelapa sawit,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu telah dikeluarkan dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini, untuk tindakan lanjut,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wabak Wahan sedang menyerang umat Islam ketika ini



Peragut Dikejar Ford Mustang (Video)

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 1)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker