Keputusan semakan kes SRC bagi penentuan Najib Razak ditentukan pada 31 Mac ini
Permohonan semakan Najib Razak dalam kes rasuah antarabangsa RM42 juta SRC akan diketahui berjaya atau tidak selewat-lewatnya pada 31 Mac ini.
Lima hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli petang ini menangguhkan penghakimannya dalam semakan oleh bekas perdana menteri itu.
“Kami akan memutuskan tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Pihak terlibat akan dimaklumkan. Tarikh keputusan tidak lewat daripada 31 Mac,” kata Rahman kepada pasukan pembelaan dan pendakwaan, yang diketuai oleh peguam bela Muhammad Shafee Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram.
Hari ini merupakan hari keenam pendengaran permohonan semakan bekas perdana menteri terhadap sabitannya serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes yang melibatkan tujuh kesalahan jenayah pecah amanah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram.
Antara kemungkinan keputusan semakan kehakiman ini, Najib mendapat pembebasan penuh; atau rayuannya didengar lagi oleh sidang hakim Mahkamah Persekutuan yang berbeza; atau dia mendapat perbicaraan semula kes SRC International di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang baru.
Selain Abdul Rahman, semakan Najib ini turut didengar sidang Hakim Mahkamah Persekutuan Vernon Ong Lam Kiat, Rhodzariah Bujang dan Nordin Hassan, serta Hakim Mahkamah Rayuan Abu Bakar Jais.
Pada 23 Ogos tahun lepas, panel Mahkamah Persekutuan berasingan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan Najib untuk membatalkan sabitannya serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes rasuah.
Mohon semakan
Selepas gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, Najib telah memohon sidang hakim Mahkamah Persekutuan sekarang untuk mendengar permohonan semakannya mengenai kes yang melibatkan satu sabitan penyalahgunaan kuasa, tiga sabitan jenayah pecah amanah dan tiga sabitan pengubahan wang haram.
Najib yang kini menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang, turut mencuba ikhtiar lain di luar badan kehakiman untuk membebaskan dirinya melalui petisyen pengampunan diraja serta petisyen kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atas penahanan sewenang-wenangnya.
Melalui permohonan semakan sekarang, Najib berpendapat terdapat konflik kepentingan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menjatuhkan sabitan terhadap perbicaraan kes SRC International pada Julai 2020.
Hakim Nazlan telah dinaikkan pangkat dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan.
Najib mendakwa, antara lain hakim Nazlan tahu Maybank Investment (entiti Maybank Group) dan Binafikir (entiti lain dari Maybank Group) telah menasihatkan syarikat pelaburan negara 1MDB berkaitan urusan penubuhan SRC International.
Najib mendakwa bahawa konflik kepentingan timbul akibat peranan Nazlan sebagai penasihat umum kepada Maybank pada ketika itu.
Pada mulanya anak syarikat 1MDB, SRC dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Incorporated (MOF Inc). 1MDB juga dimiliki sepenuhnya oleh MOF Inc.
Permohonan semakan Najib juga mensasarkan tiga keputusan lain oleh sidang hakim Mahkamah Persekutuan sebelumn ini.
Keputusan itu berkaitan penolakan Mahkamah Persekutuan untuk Najib mengemukakan bukti tambahan dalam mengukuhkan tuduhan terhadap Nazlan; menolak permohonan Najib untuk menangguhkan pendengaran rayuan; dan menafikan permohonannya untuk menggugurkan Tengku Maimun dalam mendengar rayuannya di Mahkamah Persekutuan atas dakwaan konflik kepentingan.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Malaysia Airlines sasaran waris Sultan Sulu seterusnya – Azalina
- Kerana sebut ‘Pagoh’, Dewan Rakyat kecoh
- Potong kemaluan teman lelaki ugut sebar video lucah
- Jantung Ebby Yus hanya mempunyai kekuatan 27 peratus
- Apa masalah Zul Yahya?
- Suami doktor berang tiada tindakan terhadap gangguan seksual dihadapi isterinya
- Jana Wibawa: Adam Radlan didakwa kali ketiga
- Pemilihan Naib Presiden UMNO paling sengit dalam sejarah
- Hakimi disiasat dakwaan rogol
- Pemain bola sepak meninggal dunia ketika beraksi
- 3 kategori bankrap boleh mohon pelepasan segera – Azalina
- Wanita bersama 2 lelaki lakukan seks di atas jejantas ditahan
- Tak boleh kuliah di Selangor, ini kata Ustaz Azhar Idrus
Layari Laman Facebook MYKMU.NET