Sudah taubat tapi ulangi kesesatan
Ajaran sesat kumpulan zikir 'Asmaul Husna'
Sudah taubat tapi ulangi kesesatan
SEREMBAN: Pengasas ajaran sesat kumpulan zikir ‘Asmaul Husna’ didapati masih meneruskan ajaran terbabit di kediamannya dekat Johol, Kuala Pilah, meskipun sudah membuat pengisytiharan taubat.
Difahamkan, kumpulan itu dikatakan merekrut ahli baru terdiri daripada wanita menerusi aplikasi WhatsApp, malah dipercayai akan mengembangkan ajaran sehingga ke Indonesia.
Kegiatan bekas pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) itu terbongkar susulan serbuan dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), hari ini hasil risikan sejak tiga tahun lalu.
Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah, berkata dalam serbuan jam 9.30 pagi itu, wanita berusia 60 tahun itu yang digelar ‘ummi’ ditahan bersama 17 pengikutnya ketika sedang menyampaikan ‘kuliah’ ajarannya.
“Ajaran disampaikan wanita itu sudah difatwakan haram oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan sebagai ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Malah wanita itu juga sudah dipanggil JAKIM sebelum ini dan membuat pengisytiharan taubat, namun hasil risikan dan pemeriksaan lanjut mendapati ia masih meneruskan ajaran itu kepada pengikutnya,” katanya ketika ditemui di Pejabat Penguatkuasa JHEAINS, di sini, hari ini.
Ahmad Zaki berkata, kesemua yang ditahan adalah wanita berusia antara 20 tahun hingga 60 tahun yang kebanyakannya suri rumah dan tinggal di luar Negeri Sembilan.
“Hasil siasatan awal mendapati, majlis ilmu disampaikan wanita itu kebanyakannya diadakan pada waktu siang.
“Berdasarkan risikan, pengikut kanan ajaran ini merekrut pengikutnya melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram dengan cara menjemput golongan wanita menghadiri sesi kuliah yang diadakan.
“Sebenarnya ajaran ini mempunyai pengikut yang ramai di seluruh negara dan dipercayai cuba mengembangkannya ke Indonesia susulan penemuan dokumen memorandum persefahaman dengan beberapa sekolah pondok di sana,” katanya.
Sementara itu, Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd Zaidi Ramli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 iaitu berkaitan dengan ajaran meragukan dan Seksyen 53 enakmen yang sama berkaitan dengan kesalahan Mengajar Agama Tanpa Tauliah.
Malah, beliau mengesahkan penahanan seramai 17 individu terbabit untuk siasatan lanjut.
“Saya berharap umat Islam khususnya di Negeri Sembilan supaya berhati-hati untuk mengikuti ilmu yang disampaikan oleh mana-mana penceramah atau guru dan pastikan mereka mempunyai tauliah supaya tidak menyeleweng daripada ajaran agama Islam ,” katanya.
Media pada 2021 melaporkan, pengasas ajaran itu dikatakan menyeleweng daripada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebelum tampil mengaku kesalahan dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam atas ajaran mengelirukan yang dibawa sebelum ini dan secara terbuka melafazkan syahadah bagi memperbaharui keislaman. BH
Sudah taubat tapi ulangi kesesatan
Baca Artikel Menarik:
- Zambry tarik diri tanding naib presiden Umno
- Pengurus jenazah ‘diusik wanita’ berbaju kebaya lusuh
- Bank diminta tambah duit RM10, RM20 di ATM
- Suami tempah pelacur, yang datang isteri
- Lapan calon naib presiden berentap
- Kepala model akhirnya ditemui dalam periuk
- Tragedi pusaran air, 2 beradik lemas di air terjun Sedim
- Suami akhirnya minta bantuan polis setelah isteri dan anak lelakinya kurung diri dalam rumah selama 3 tahun akibat takutkan Covid-19
- Tembak zakar anak saudara kerana curi pasir
- Akibat berduaan di kebun, budak bawah umur dinikahkan
- Pasangan naik motosikal berpelukan seperti ‘buat projek’ tanpa rasa malu
- Rider tendang pengawal taman perumahan dikesan polis
- Selangor akan dihukum pengundi berkait isu Bukit Cherakah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat
Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri