Mungkin Ismail sudah sampai ke puncak karier politik sebagai PM

Ini berikutan keputusan Ismail untuk tidak bertanding pada pemilihan UMNO kali ini

Mungkin Ismail sudah sampai ke puncak karier politik sebagai PM

Setiausaha Agung Umno hari ini mengucapkan terima kasih kepada Ismail Sabri Yaakob atas sumbangannya sebagai naib presiden Umno.

Ini selepas Ismail yang juga ahli parlimen Bera tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti akan datang.

Ahmad berkata langkah itu perlu dihormati, dan berpendapat mungkin Ismail Sabri merasakan dia sudah mencapai kemuncak kerjayanya.

“Itu pilihan dia lah. Membuat satu keputusan yang besar bagi diri dia.

“Saya ucap terima kasih atas segala khidmat beliau sebelum ini…Saya kira beliau tidak mahu lagi bertanding, mungkin beliau telah sampai ke puncak dalam karier politiknya sebagai perdana menteri.

“Beliau kini bersama dengan bekas perdana menteri yang ada lagi beberapa orang,” kata Ahmad kepada pemberita di Parlimen.

Semalam, Ismail Sabri mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan naib presiden.

Bagaimanapun, Ismail Sabri menafikan tanggapan ida merancang untuk bersara dan berkata dia akan kekal sebagai ketua umno Bera – jawatan yang dimenanginya tanpa bertanding dalam pemilihan parti kali ini.

Ismail Sabri kini dalam penggal kelima sebagai Ahli Parlimen Bera. Pemimpin berusia 63 tahun itu menjadi perdana menteri antara Ogos 2021 dan Oktober 2022.

Pada 2018, Ismail Sabri dipilih sebagai naib presiden Umno dengan undi terbanyak.

‘Pegawai Umno pantau pengundian’

Sementara itu, Ahmad berkata Jawatankuasa Pemilihan Umno 2023 sedang dalam proses mengemas kini senarai semua calon yang diterima selepas penamaan calon berakhir semalam.

Ahli parlimen Pontian itu berkata Umno juga telah menugaskan seorang pegawai untuk setiap 191 bahagian dengan pengundian akan berlangsung pada 11 Mac dan 18 Mac.

Ahmad menambah semua bahagian juga diarahkan untuk memulakan mesyuarat dan mengundi hanya pada sebelah pagi pada kedua-dua tarikh supaya keputusan dapat dikira pada hari yang sama. Mk

Mungkin Ismail sudah sampai ke puncak karier politik sebagai PM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker