Mana boleh biar Goldman Sachs, eksekutif lari begitu saja – Johari
Mana boleh biar Goldman Sachs, eksekutif lari begitu saja – Johari
Bekas menteri kewangan kedua Johari Abdul Ghani menggesa kerajaan untuk menekan lebih keras terhadap firma kewangan Goldman Sachs dan eksekutifnya dalam usaha Putrajaya mendapatkan semula aset 1MDB.
Johari (BN-Titiwangsa) berkata ini memandangkan penyelesaian kerajaan terdahulu dengan Goldman adalah tidak mencukupi.
Goldman berperanan penting dalam mengumpul AS$6.5 bilion daripada tiga bon untuk 1MDB pada 2012 dan 2013 – dan telah dibayar yuran AS$600 juta bagi tujuan ini.
Bon tersebut kemudiannya menjadi sumber utama dana 1MDB yang diselewengkan.
Pada Oktober 2020 – di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin – Goldman bersetuju membayar pampasan AS$2.5 bilion, sambil menjamin pulangan AS$1.4 bilion aset 1MDB yang dirampas pihak berkuasa di seluruh dunia.
Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Johari mengulangi kritikan bahawa perjanjian itu tidak sesuai dengan kesalahan dan peranan Goldman dalam skandal 1MDB.
“Yang ini saya nak pertikaikan bagaimana peguam yang mewakili 1MDB sepatutnya apabila dia wakili 1MDB, patut dia lihat kepentingan 1MDB bukan kepentingan Goldman Sachs.
“Sebab dia dah clear cut menipu kita. Dia dapat manfaat AS$600 juta fee.
“Macam mana kita allow Goldman Sachs run away like that, sedangkan senior management Goldman terlibat,” katanya.
Johari berkata kerajaan tidak seharusnya memberi tumpuan semata-mata kepada aspek politik kes 1MDB dan berpuas hati dengan pencapaian politik apabila berbilion aset perlu didapatkan semula.
Dia juga berkata peguam yang mewakili 1MDB semasa rundingan penyelesaian sepatutnya menyaman Goldman di AS untuk terus memberi tekanan kepada firma itu.
Gobind Singh Deo (PH-Damansara) ketika mencelah juga menyatakan bahawa kadar faedah sepatutnya diambil kira dalam perjanjian penyelesaian, yang telah dipersetujui Johari.
Sementara itu, Johari turut menolak jaminan Goldman bahawa Malaysia akan memperoleh semula aset AS$1.4 bilion, dengan berkata firma itu sepatutnya membayar jumlah berkenaan.
Di bawah terma penyelesaian semasa, Goldman telah bersetuju untuk membayar AS$250 juta jika Malaysia tidak mendapat sekurang-kurangnya AS$500 juta dalam aset 1MDB yang dikembalikan menjelang Ogos 2022.
Ini menjadi punca pertikaian antara Putrajaya dan Goldman, dengan kedua pihak tidak bersetuju sama ada Malaysia telah menerima semula aset AS$500 juta atau tidak menjelang tarikh akhir tersebut.
Firma itu juga menuduh Malaysia “mengurangkan secara unilateral” nilai satu aset sebanyak AS$80 juta dan tidak memasukkan “banyak” aset tambahan dalam perakaunan aset bernilai AS$500 juta itu. FMT
Mana boleh biar Goldman Sachs, eksekutif lari begitu saja – Johari
Baca Artikel Menarik:
- Zambry tarik diri tanding naib presiden Umno
- Pengurus jenazah ‘diusik wanita’ berbaju kebaya lusuh
- Bank diminta tambah duit RM10, RM20 di ATM
- Suami tempah pelacur, yang datang isteri
- Lapan calon naib presiden berentap
- Kepala model akhirnya ditemui dalam periuk
- Tragedi pusaran air, 2 beradik lemas di air terjun Sedim
- Suami akhirnya minta bantuan polis setelah isteri dan anak lelakinya kurung diri dalam rumah selama 3 tahun akibat takutkan Covid-19
- Tembak zakar anak saudara kerana curi pasir
- Akibat berduaan di kebun, budak bawah umur dinikahkan
- Pasangan naik motosikal berpelukan seperti ‘buat projek’ tanpa rasa malu
- Rider tendang pengawal taman perumahan dikesan polis
- Selangor akan dihukum pengundi berkait isu Bukit Cherakah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri
You must be logged in to post a comment.