DLP tidak akan dihapuskan
DLP tidak akan dihapuskan
Program Dwibahasa (DLP) wajar diteruskan jika pelaksanaannya mengikut garis panduan sebenar yang ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM), namun perlu dipastikan bersifat pilihan dan bukan paksaan kepada sekolah.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang, berkata negara mempunyai pelbagai kategori sekolah, selain kepelbagaian dalam aspek kemampuan dan kesediaan termasuk dalam konteks untuk melaksanakan DLP.
Mengulas lanjut, katanya, kriteria sekolah yang layak untuk melaksanakan DLP adalah yang mempunyai sumber mencukupi, contohnya guru yang memenuhi kriteria ditetapkan untuk mengajar mata pelajaran Sains atau Matematik dalam bahasa Inggeris.
Selain itu, beliau berkata, sekolah terbabit juga perlu mempunyai bilik darjah atau bilik khas yang mencukupi untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) DLP.
“Paling penting sekali, pihak sekolah perlu menerima permohonan secara bertulis daripada 15 ibu bapa atau penjaga sebelum kelas yang melaksanakan DLP boleh dibuka,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan persatuan ibu bapa dan guru yang membantah gesaan pemansuhan DLP yang membolehkan murid di sekolah terpilih mempelajari beberapa mata pelajaran dalam bahasa Inggeris.
Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, pihak yang menggesa program DLP dimansuhkan lazimnya terdiri daripada golongan ‘ultranasionalis’ yang percaya pelajar mampu maju dengan bergantung kepada bahasa kebangsaan semata-mata.
Dalam pada itu, Aminuddin berkata sekiranya diteliti syarat untuk melaksanakan DLP, tiada sebab pun untuk menghapuskan program ini dalam masa terdekat.
Cuma, katanya dalam aspek kebajikan guru, NUTP bimbang jika paksaan dibuat terhadap guru untuk mengajar dalam program ini sehinggakan mereka tertekan akibat paksaan dibuat.
“Pada masa sama, kami mendapat aduan ada sesetengah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) membuat unjuran jumlah kelas di sekolah yang perlu mengadakan DLP yang akhirnya pihak sekolah terpaksa mengadakan DLP,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, perlu juga disedari status DLP sendiri hanyalah sekadar sebuah program dan bukannya bersifat dasar.
Dalam hal ini, katanya ia tidak sama seperti Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dahulunya bersifat dasar.
“Apabila disebut sebagai dasar, ia wajib dilaksanakan di semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM). Namun memandangkan DLP bersifat program, pelaksanaannya adalah satu pilihan dan bukannya paksaan,” katanya. BH
DLP tidak akan dihapuskan
Baca Artikel Menarik:
- Zambry tarik diri tanding naib presiden Umno
- Pengurus jenazah ‘diusik wanita’ berbaju kebaya lusuh
- Bank diminta tambah duit RM10, RM20 di ATM
- Suami tempah pelacur, yang datang isteri
- Lapan calon naib presiden berentap
- Kepala model akhirnya ditemui dalam periuk
- Tragedi pusaran air, 2 beradik lemas di air terjun Sedim
- Suami akhirnya minta bantuan polis setelah isteri dan anak lelakinya kurung diri dalam rumah selama 3 tahun akibat takutkan Covid-19
- Tembak zakar anak saudara kerana curi pasir
- Akibat berduaan di kebun, budak bawah umur dinikahkan
- Pasangan naik motosikal berpelukan seperti ‘buat projek’ tanpa rasa malu
- Rider tendang pengawal taman perumahan dikesan polis
- Selangor akan dihukum pengundi berkait isu Bukit Cherakah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri