Adun Petagas pula lompat parti
Adun Petagas umum keluar Warisan, sertai Gagasan Rakyat
Adun Petagas pula lompat parti
Adun Petagas Awang Ahmad Sah Awang Sahari yang juga bendahari agung Warisan mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
Beliau mengumumkan perkara itu dalam satu sidang akhbar yang diadakan di sebuah hotel di Kota Kinabalu hari ini.
Awang Ahmad berkata, keputusan itu diambil selepas melakukan perbincangan dengan pemimpin bahagian.
“Pada hari ini, saya beserta dengan keseluruhan cawangan kecuali tiga atau empat cawangan mengumumkan bahawa kami meninggalkan Warisan dan menyertai Gagasan Rakyat pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya lapor Sinar Harian.
Tindakan Awang Ahmad keluar parti itu susulan cubaan menyingkirkan Ketua Menteri Hajiji Noor Hajiji pada Januari yang didalangi Presiden Warisan Shafie Apdal dan Pengerusi Barisan Nasional Sabah Bung Moktar Radin.
Lima Adun Umno juga mengumumkan keluar parti minggu lepas untuk menyertai Gagasan Rakyat selepas enggan menyertai gerakan menggulingkan Hajiji sebagai ketua menteri.
Awang Ahmad, yang juga bekas ahli Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) pimpinan Jeffrey Kitingan, dipilih sebagai Adun Petagas atas tiket Warisan pada pilihan raya negeri Sabah 2020.
Beliau memenangi kerusi itu dengan majoriti tipis 261 undi, menewaskan Arsit Sidik dari Perikatan Nasional dalam pertandingan enam penjuru.
Beliau pertama kali bertanding untuk kerusi DUN Petagas pada pilihan raya umum 2013 atas tiket STAR, tetapi hanya berjaya memperoleh 1,111 undi apabila Yahyah Hussin dari BN memenangi kerusi itu. FMT
Adun Petagas pula lompat parti
Baca Artikel Menarik:
- Zambry tarik diri tanding naib presiden Umno
- Pengurus jenazah ‘diusik wanita’ berbaju kebaya lusuh
- Bank diminta tambah duit RM10, RM20 di ATM
- Suami tempah pelacur, yang datang isteri
- Lapan calon naib presiden berentap
- Kepala model akhirnya ditemui dalam periuk
- Tragedi pusaran air, 2 beradik lemas di air terjun Sedim
- Suami akhirnya minta bantuan polis setelah isteri dan anak lelakinya kurung diri dalam rumah selama 3 tahun akibat takutkan Covid-19
- Tembak zakar anak saudara kerana curi pasir
- Akibat berduaan di kebun, budak bawah umur dinikahkan
- Pasangan naik motosikal berpelukan seperti ‘buat projek’ tanpa rasa malu
- Rider tendang pengawal taman perumahan dikesan polis
- Selangor akan dihukum pengundi berkait isu Bukit Cherakah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri