Model wanita akan bogel naik bas jika Napoli menang Liga Juara-Juara

Model wanita akan bogel naik bas jika Napoli menang Liga Juara-Juara

NAPOLI – Seorang model wanita, Paola Saulino membuat pengumuman mengejutkan apabila berjanji akan bogel semasa menaiki bas jika kelab bola sepak Napoli menang Piala Liga Juara-Juara Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), lapor portal berita Daily Star semalam.

Dia yang berusia 33 tahun berjanji untuk meraikan kejayaan kelab bola sepak itu dengan menaiki bas di bandar raya Napoli, Itali dalam keadaan tanpa seurat benang.



“Saya boleh katakan kepada pembaca Daily Star bahawa saya akan melakukan sesuatu yang gila dan meraikannya. Saya akan menaiki bas dalam keadaan bogel.

“Ia adalah sesuatu yang saya boleh dan mampu lakukan. Sejujurnya, saya tidak fikir menyewa bas adalah perkara paling mahal di dunia. Saya fikir dengan kemungkinan €3,000 (RM14,068) saya akan melakukannya dan saya boleh menghubungi orang yang boleh menyewakan saya bas atau boleh menyediakan perkhidmatan ini,” katanya.

Pada September tahun lalu, Napoli menewaskan Liverpool 4-1 untuk mara ke pusingan kalah mati yang berjaya disertai oleh 16 kelab bola sepak Eropah.

Dalam perlawanan pertama pusingan 16 itu yang berlangsung dalam minggu ini, Napoli berjaya mengalahkan kelab bola sepak Frankfurt dari Jerman dengan keputusan 2-0. K Online



Model wanita akan bogel naik bas jika Napoli menang Liga Juara-Juara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)



Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Zarina jawab tuduhan Khazrul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker