Wan Rosdy tanding Naib Presiden UMNO?

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dijangka bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

Wan Rosdy tanding Naib Presiden UMNO?

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dijangka bertanding merebut jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti, bulan depan.

Difahamkan, Wan Rosdy, yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang itu akan menyerahkan borang pencalonan, hari ini.



Namun, sumber UMNO berkata, lebih baik menunggu kenyataan rasmi daripada Wan Rosdy kerana segala-galanya boleh berubah.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai itu dilaporkan berkata, beliau masih belum membuat keputusan ketika ditanya sama ada beliau mengintai jawatan itu.

Sementara itu, dua bekas Ketua Bahagian UMNO di Pahang, membuat keputusan bertanding jawatan berkenaan selepas memilih untuk tidak menyertai pemilihan parti pada 2018.

Mereka adalah bekas Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris dan bekas Ketua Bahagian Raub, Datuk Seri Shaharuddin Ab Moin.



Ahmad Nazlan dan Shahiruddin tidak disenaraikan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Sementara itu, penyandang Ketua UMNO Bahagian Raub, Datuk Abd Aziz Mat Kiram, mengesahkan akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan kali ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Hasan Arifin, yang tewas di kerusi Parlimen Rompin pada PRU15, mengesahkan akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Rompin.

Jawatan Ketua UMNO Pekan pula menyaksikan pertembungan antara Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Zamri Ramly dan EXCO Kerajaan Pahang, Datuk Fakhruddin Mohd Arif.



Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Sh Mohamed Fuzi Sh Ali, yang ditewaskan oleh Zamri dalam perebutan jawatan timbalan pada 2018, mengesahkan tidak akan bertanding.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pekan sejak 1982, sebelum diperintahkan menjalani hukuman penjara pada Ogos tahun lalu.

Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin, yang menjadi wanita pertama mengetuai bahagian parti di Pahang pada 2018, bukan sahaja akan mempertahankan jawatan tertinggi bahagian itu, malah menawarkan diri bertanding jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Sementara itu, beberapa ketua bahagian dijangka menang tanpa bertanding, termasuk Wan Rosdy di Cameron Highlands; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Abdul Rahman Mohamad di Lipis dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Bera. BH



Wan Rosdy tanding Naib Presiden UMNO?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Nom raih RM360,000 sebulan?



Roti Canai nombor 2 di dunia ‘Best Street Foods’

Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker