Johari tanding naib presiden Umno

Johari tanding naib presiden Umno

Ahli Parlimen Titiwangsa, Johari Ghani, mengesahkan bertanding jawatan naib presiden Umno pada pemilihan akan datang, selepas menyerahkan borang pencalonan di ibu pejabat parti itu, hari ini.

Ia sekali gus menjawab desas-desus bekas menteri kewangan II itu akan bertanding dalam saingan merebut jawatan itu.

Johari individu ketiga berbuat demikian selepas dua penyandang, Khaled Nordin, yang juga menteri pendidikan tinggi; dan bekas menteri pembangunan luar bandar, Mahdzir Khalid, mengesahkan akan mempertahankan jawatan mereka.

Kini, hanya tinggal seorang lagi penyandang, Ismail Sabri Yaakob yang juga bekas perdana menteri, masih belum menyatakan pendirian setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno (JPU), Shahrir Samad, berkata setakat Rabu, pihaknya menerima 158 borang pencalonan bagi merebut jawatan pengerusi tetap dan timbalan, naib presiden, ahli majlis kerja tertinggi (MKT), dan semua jawatan dalam Wanita, Pemuda, dan Puteri.

Seramai 51 calon menghantar borang pencalonan bagi merebut 25 kerusi ahli MKT, dua calon pengerusi tetap, dan enam calon timbalan pengerusi tetap.

“Bagi ketua Wanita sudah ada seorang calon, tiga calon ketua Pemuda, manakala enam calon menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua Puteri.

“Seorang calon mendaftar bagi naib ketua Wanita, empat calon naib ketua Pemuda, dan tiga calon bagi Puteri, manakala 44 calon exco Wanita, 52 calon exco Pemuda dan 27 calon exco Puteri,” katanya, menurut Utusan Malaysia.

Selain Johari, turut dikhabarkan mengintai jawatan naib presiden ialah Ahli Parlimen Simpang Renggam, Hasni Mohamad; Zambry Abdul Kadir, yang juga menteri luar negeri; dan Azalina Othman Said, yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang dan reformasi Institusi).

Mereka bagaimanapun masih belum menghantar borang pencalonan.

Sementara itu, Ketua Wanita Noraini Ahmad dilaporkan akan mempertahankan jawatannya daripada bekas ketua sayap itu, Shahrizat Abdul Jalil.

Ahli Parlimen Parit Sulong itu menyerahkan borang pencalonannya pagi tadi.

Pencalonan bagi pemilihan Umno bermula pada 13 Feb hingga 26 Feb. Pemilihan bagi jawatan Wanita, Pemuda dan Puteri akan diadakan pada 11 Mac. Pemilihan jawatankuasa bahagian dan MKT pula pada 18 Mac. FMT

Johari tanding naib presiden Umno

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Nom raih RM360,000 sebulan?

Roti Canai nombor 2 di dunia ‘Best Street Foods’

Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker