Mudah-mudahan Noraini menang – Zahid

Mudah-mudahan Noraini menang – Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara berseloroh mengharapkan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) menang dalam mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan bulan depan.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menyifatkan Noraini layak memegang jawatan sayap parti susulan cadangan baik bekas Menteri Pengajian Tinggi berkenaan dalam pembangunan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).



“Apa dicadangkan oleh Parit Sulong adalah pandangan futuristik dan amat layak untuk (beliau) menawarkan diri bagi jawatan politik beliau, mudah-mudahan beliau menang,” katanya ketika menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu Noraini bangun mencelah bertanyakan sama ada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan hubungan kerjasama bersama industri untuk memastikan pelajar lepasan TVET mendapat pekerjaan yang sesuai dengan bayaran.

Menjawab pertanyaan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, KKDW akan menambah baik proses hubungan kerjasama termasuk menandatangani lebih 10 memorandum persetujuan dengan pihak industri esok sebagai langkah proaktif meningkatkan peluang pekerjaan bagi pelajar lepasan TVET.

Beliau berkata, graduan TVET mempunyai kebolehpasaran yang tinggi, contohnya di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), mereka yang mendapat pekerjaan bagi kategori latihan itu ialah sebanyak 98.4 peratus.



“Sementara purata graduan TVET di tempat lain, kebolehpasarannya di peringkat melebihi 97.5 peratus ertinya kursus disediakan bersesuaian dengan permintaan pasaran guna tenaga,” katanya.

Pada pemilihan ini, Noraini mempertahankan jawatan dan bakal bersaing dengan bekas peneraju sayap itu, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil. BH

Mudah-mudahan Noraini menang – Zahid

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]

Nasi lemak janda muda tepi jalan laris



Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker