Ismail sokong pengeluaran KWSP bersasar
Ismail sokong pengeluaran KWSP bersasar
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan agar kerajaan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, kajian terperinci perlu dilaksanakan agar mereka yang layak sahaja dibenarkan mengeluarkan simpanan KWSP, dengan syarat-syarat ditetapkan oleh kerajaan.
Beliau berpandangan, walaupun KWSP adalah simpanan hari tua, tetapi tiada guna jika rakyat tidak dapat meneruskan kehidupan hari ini kerana dibelenggu hutang.
“Kita semua sedar KWSP adalah simpanan hari tua tetapi apakah maknanya memasuki hari tua dalam keadaan muflis, sebagai contoh.
“Keperluan mendesak adalah hari ini bukan sampai kepada tempoh hari tua.
“Oleh itu, Saya, Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin Malaysia (PWRN) dan Arau (Datuk Seri Shahidan Kassim) meminta kerajaan mempertimbangkan, kita tak desak atau paksa… tetapi mempertimbangkan permohonan golongan yang memerlukan ini untuk mengeluarkan simpanan KWSP.
“Pengeluaran bersasar, jika dibenarkan syarat ditentukan oleh kerajaan,” katanya ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Selasa.
Kesan tidak besar kepada KWSP jika ada pengeluaran seterusnya
Ahli Parlimen Bera itu berkata, beliau percaya pengeluaran tersebut hanya melibatkan jumlah kecil daripada keseluruhan aset di bawah pengurusan KWSP yang kini sudah mencecah hampir RM1 trilion.
“Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan empat pengeluaran KWSP iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas KWSP berjumlah RM145 bilion, melibatkan 8.1 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara.
“Yang terkesan KWSP itu sendiri kerana KWSP menggunakan pelaburan atau simpanan daripada pencarum untuk menjalankan peniagaan mereka. Dengan pengeluaran ini mungkin akan mengurangkan ruang untuk mereka berniaga,” jelas Ismail Sabri.
Semalam, Shahidan mengusulkan usul tergempar agar Kerajaan Perpaduan membenarkan pengeluaran KWSP secara bersasar.
Ia dikemukakan mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 18(1), kerana menurut pandangan Shahidan kerajaan perlu menyegerakan pengeluaran KWSP secara bersasar susulan keadaan terdesak termasuk peningkatan harga barangan dan kos sara hidup. Aw
Ismail sokong pengeluaran KWSP bersasar
Baca Artikel Menarik:
- Zarina, Khazrul gaduh kerana pagar RM100,000
- Netflix turunkan harga langganan
- Tiga jawatan Naib Presiden UMNO masih kosong
- Adam Radlan didakwa minta, terima rasuah 3.5 hingga 7 peratus nilai projek
- Muhyiddin dakwa Zahid dalangi pendakwaan
- Wan Saiful minta dibicarakan dakwaan terima rasuah RM7 juta berkait Jana Wibawa
- Saya tak rujuk Zahid pun nak bertanding Ketua Wanita – Shahrizat
- Penghuni terkejut serpihan meteorit jatuh di balkoni rumah
- PAS Marang serah replika pedang, berkait perarakan HIMPIT kepada polis
- Beberapa SST Jana Wibawa libat ahli keluarga pemimpin politik
- Rumah PM dimasuki ular tedung hitam
- Dahlia Rizal Dakwa Diusik Pihak Polis
- Tuan Ibrahim dakwa BN ‘tiada reda’ Allah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.