Doa Pendek Yang Mustajab

Doa Pendek Yang Mustajab

Terdapat pelbagai jenis doa mustajab yang sering dijadikan amalan oleh umat Islam. Doa mustajab sentiasa dilafazkan dan dizikirkan untuk memohon sesuatu dari Allah SWT. Sebagaimana, doa pendek yang dikongsikan oleh Ustaz Khairul Anuar Basri ini.

Biarpun ia pendek namun terkandung 10 perkara penting yang sentiasa diminta oleh umat Islam. Antaranya, memohon dijauhkan dari azab api neraka, kemaafan ketika amalan dihitung, taubat sebelum meninggal dunia dan sebagainya. Subhanallah!



Mari jadikan ia sebagai amalan doa harian.

Doa ini pendek tapi merangkumi 10 perkara yang sangat penting. Sangat mudah untuk dihafal dan diamalkan setiap kali selesai solat.

Saya tulis juga dalam tulisan rumi bagi membantu yang tidak berapa cekap membaca tulisan Arab. InsyaAllah, mustajab doanya dan dikurniakan apa yang kita minta.

DOA MUSTAJAB PENDEK TERKANDUNG 10 PERKARA PENTING, MARI AMALKAN!



اَللهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ
Allāhumma innā nas aluka salāmatan fiddīn.

Ya Allah, kami mohon keselamatan bagi agama kami.

وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ
Wa ‘āfiyatan fil jasad.

Tubuh badan yang sihat.



وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ
Wa ziyādatan fil ‘ilm

Ilmu yang sentiasa bertambah.

وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ
Wa barakatan fir rizq.

Rezeki yang berkat.



وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ
Wa taubatan qablal maut.

Taubat sebelum meninggal dunia.

وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ
Wa rahmatan ‘indal maut.

Rahmat ketika meninggal dunia.



وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ
Wa maghfiratan ba’dal maut.

Keampunan selepas meninggal dunia.

اَللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِى سَكَرَاتِ الْمَوْتِ
Allāhumma hawwin ‘alainā fī sakarātil maut.

Ya Allah, mudahkanlah proses kematian kami.



وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ
Wannajāta minannār

Keselamatan dari api neraka.

وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ
Wal ‘afwa ‘indal hisāb

Semoga Allah jadikan kita semua sentiasa ingat dan kembali kepada-Nya tidak kira di waktu senang atau pun susah.

Siapa yang ingat Allah ketika senang, Allah akan ingat dia ketika susah. Siapa yang datang kepada Allah dengan berjalan, Allah akan datang kepadanya dengan berlari.

Mohonlah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doa kita. Mintalah apa saja, kerana Allah itu maha mendengar. SL

Doa Pendek Yang Mustajab

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]

Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker