Anwar PM paling teruk – Awang Hashim

Sikap pendendam Anwar lebih teruk daripada Tun M

Anwar PM paling teruk – Awang Hashim

Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) menyifatkan sikap pendendam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendakwaan terpilih lebih teruk berbanding ketika pentadbiran pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Merujuk pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang berdepan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta hari ini, Awang berkata ia adalah satu permulaan daripada tindakan Perdana Menteri.

“Kami (PN) sebagai pembangkang, ugutlah apa saja… segala tribulasi dan fitnah yang kami hadapi lebih teruk.

“Bagi saya, kalau inilah permulaan, dia adalah perdana menteri paling teruk di Malaysia. Malah Dr Mahathir yang dikata zalim pun tak (sezalim itu) setakat ini.

“Sifat balas dendam PM ini sangat kuat dan sangat pendendam,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Wan Saiful dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini, atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Wan Saiful, 48, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Terdahulu Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa parti itu menjadi mangsa ‘pendakwaan terpilih’ Wan Saiful didakwa atas dakwaan rasuah RM6.9 juta.

Pada sidang media di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini hari ini, bekas perdana menteri itu berkata setiap parti politik memerlukan dana untuk menjalankan aktiviti parti dan Perlembagaan membenarkan sumbangan diterima daripada ahli, orang ramai dan juga individu yang menyokong perjuangan parti.

“Setakat ini tidak ada satu pun undang-undang khusus untuk pembiayaan politik di Malaysia.

“Hari ini, parti BERSATU telah menjadi sasaran pendakwaan terpilih kerana menerima sumbangan dana politik yang secara tiba-tiba menjadi satu kesalahan jenayah,” katanya. BH

Anwar PM paling teruk – Awang Hashim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]

Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker