Rundingan BN-PH, DAP tetap mahu pertahankan 11 kerusi di N9 – Anthony Loke
SEREMBAN – DAP Negeri Sembilan mahu kekal bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Pengerusinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, adalah wajar untuk parti itu terus diberi peluang mempertahankan kerusi terbabit yang dimenangi sejak PRU13.
Menurutnya, ia adalah cadangan parti itu sebagai prinsip bagi memulakan rundingan dengan Barisan Nasional (BN) yang kini menjadi sebahagian daripada keluarga Kerajaan Perpaduan.
“Itu prinsip kita (DAP) sebagai permulaan. Tapi ia bergantung kepada proses rundingan dan kita menyerahkan kebijaksanaan Menteri Besar untuk berunding di peringkat negeri dengan BN.
“Ikut pengalaman saya dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan(PH), biasanya jika perbincangan di peringkat negeri selesai dan tiada masalah, kepimpinan di peringkat pusat juga tiada masalah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen DAP 2023 Negeri Sembilan pada Ahad.
Ditanya sama ada cadangan berkenaan turut diguna di lima negeri lain, Setiausaha Agung DAP itu berkata, ia terserah kepada pengerusi negeri masing-masing.
“Ini cadangan saya untuk DAP Negeri Sembilan. Di negeri lain, ada rundingan dia dan ia belum sampai di peringkat pusat lagi.
“Saya juga tak cakap untuk PKR dan Amanah. Saya bercakap dari konteks DAP Negeri Sembilan, kita tak tamak minta kerusi tambahan. Tapi prinsip kita nak pertahankan kerusi kita,” katanya.
Rundingan BN-PH, DAP tetap mahu pertahankan 11 kerusi di N9 – Anthony Loke
Hadir sama, Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Wakil Shahrizat serah borang tanding Ketua Wanita UMNO
- Telekung Siti Khadijah, beli dulu bayar kemudian
- Kos selenggara kenderaan menteri era Muhyiddin tertinggi
- Jual nasi lemak RM1 pun jadi kesalahan (Video)
- Anak potong payu dara ibu akibat dadah
- Ramai pemimpin UMNO tidak hormat institusi Presiden
- DUN Batang Kali diisytihar kosong, Harumaini pertimbang tindakan undang-undang
- Pencuri seluar dalam ditangkap nyaris telanjang
- Polis kesan suspek kes langgar lari, seret mangsa 40 meter
- Dituduh Parkir Kereta Sesuka Hati, Jawapan YB Zahir Buat Netizen Geli Hati
- Jangan ‘koyak’ Rayer, Siti Mastura
- MP PAS dakwa Menu Rahmah dedah pengguna pada kanser, autisme
- Hafidz Roshdi didakwa curang, isteri luah perasaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET