Mesin ATM keluarkan emas
Mesin ATM keluarkan emas
Public Gold Group melancarkan mesin ATM pertamanya yang mengeluarkan emas, dikenali ‘Malaysia Gold ATM’ di ibu negara.
Terletak di Menara Public Gold di sini, mesin ATM berkenaan membolehkan pengguna membeli jongkong emas fizikal dengan mudah.
Pengasas dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Louis Ng, berkata syarikat menyasarkan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 50 mesin ATM pada tahun ini untuk menggalakkan orang ramai terutama rakyat Malaysia menyimpan emas fizikal untuk manfaat jangka panjang.
Beliau berkata, Malaysia Gold ATM membolehkan pengguna membeli jongkong emas fizikal dengan ketulenan 999.9 iaitu dalam lingkungan sehingga 5 gram bagi setiap jongkong.
“Mesin ini beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu bagi memenuhi permintaan pada bila-bila masa dengan hanya menekan satu butang. Kami akan meletakkannya di kawasan sibuk seperti lapangan terbang dan taman tema,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Emas Malaysia 2023, di sini hari ini.
Katanya, mesin ATM berkenaan akan menawarkan jongkong pelbagai reka bentuk, antaranya Disney, Marvel Studios, Warner Bros, Juventus, Garfield, Ejen Ali dan Monsta, yang bukan sahaja sesuai untuk dijadikan koleksi peribadi dan bagi dagangan emas fizikal, malah hadiah untuk keluarga dan rakan-rakan.
Beliau berkata, selain itu, simpanan emas fizikal juga kaedah baik untuk pelindung nilai inflasi dan dengan mengambil kira situasi ekonomi semasa di Malaysia, ia menyarankan lebih ramai masyarakat mempertimbang penyimpanan emas fizikal untuk melindungi kekayaan sedia ada.
Sementara itu, Ng yang juga Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA), berkata persidangan sehari yang diadakan buat julung kalinya bersedia untuk membawa industri emas tempatan ke tahap lebih tinggi.
“MGA berbesar hati untuk menganjurkan persidangan ini sebagai acara tahunan untuk mempromosi industri emas Malaysia kepada masyarakat dan penggiat antarabangsa.
“Kami akan menjadikan program ini sebagai acara industri yang utama di rantau ini bersama agensi kerajaan seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia,” katanya.
MGA yang ditubuhkan pada 2014 adalah persatuan di Malaysia yang mewakili industri logam berharga seperti emas, perak dan platinum, merangkumi aktiviti huluan sehingga hiliran termasuk penapisan, pembuatan dan penempaan, perdagangan, tukang barang kemas, pajak gadai, ujian dan logistik. BH
Mesin ATM keluarkan emas
Baca Artikel Menarik:
- Wakil Shahrizat serah borang tanding Ketua Wanita UMNO
- Telekung Siti Khadijah, beli dulu bayar kemudian
- Kos selenggara kenderaan menteri era Muhyiddin tertinggi
- Jual nasi lemak RM1 pun jadi kesalahan (Video)
- Anak potong payu dara ibu akibat dadah
- Ramai pemimpin UMNO tidak hormat institusi Presiden
- DUN Batang Kali diisytihar kosong, Harumaini pertimbang tindakan undang-undang
- Pencuri seluar dalam ditangkap nyaris telanjang
- Polis kesan suspek kes langgar lari, seret mangsa 40 meter
- Dituduh Parkir Kereta Sesuka Hati, Jawapan YB Zahir Buat Netizen Geli Hati
- Jangan ‘koyak’ Rayer, Siti Mastura
- MP PAS dakwa Menu Rahmah dedah pengguna pada kanser, autisme
- Hafidz Roshdi didakwa curang, isteri luah perasaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET