Diplomat Rusia diusir dari negara

 

LONDON – Belanda pada Sabtu memutuskan untuk mengusir beberapa diplomat Rusia dan mengehadkan jumlah pegawai kanan berikutan pertikaian berterusan antara kedua-dua negara, lapor Agensi Anadolu.

Menteri Luar Belanda, Wopke Hoekstra mendakwa Rusia cuba menempatkan pegawai perisikannya ke negara itu.

“Percubaan berterusan Rusia untuk menugaskan pegawai perisikan ke Belanda di bawah perlindungan diplomatik tidak boleh diterima.

“Oleh itu, kami mengehadkan bilangan diplomat Rusia di Belanda,” menurut dakwaan Hoekstra di Twitter.

Belanda turut menutup konsulat jeneral di Saint Petersburg dan Pejabat Perdagangan Rusia di Amsterdam, katanya.

Terdahulu, Kementerian Luar Rusia memanggil Duta Besar Belanda, Gilles Arnout Beschoor Plug pada Jumaat dan memaklumkan mengenai halangan yang dihadapi Kedutaan Rusia di Belanda, termasuk berkaitan isu visa. – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?

‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker