Tular video rosak peralatan hari terakhir persekolahan
PPD panggil pelajar
Tular video rosak peralatan hari terakhir persekolahan
Sekumpulan pelajar di sebuah sekolah menengah di Seberang Perai Selatan (SPS), Pulau Pinang didakwa merosakkan harta benda sebagai tanda meraikan hari terakhir persekolahan semalam.
Perbuatan mereka terbongkar selepas video itu tular di media sosial.
Dalam video berdurasi hampir satu minit, beberapa pelajar dilihat merosakkan kerusi, kipas siling serta pintu tandas sekolah tersebut.
Sementara itu, Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan pengurusan sekolah telah memanggil kumpulan pelajar yang disyaki terlibat dengan insiden itu.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) SPS mengambil maklum berhubung isu terbabit dan tindakan pihak sekolah adalah memanggil pelajar termasuk ibu bapa mereka bagi membantu siasatan.
“Barangkali bimbingan serta kaunseling juga perlu diberikan kerana berdasarkan video tular itu, saya tidak fikir ia satu perkara sepatutnya berlaku. Apatah lagi dalam keadaan kita memang tidak berkompromi dengan vandalisme dan keganasan di sekolah.
“Justeru, bimbingan dan kaunseling perlu diberikan kepada anak-anak ini bagi memastikan insiden seumpama ini tidak berulang,” katanya menurut Kosmo.
Kata Fadhlina lagi, perbuatan itu bukan budaya dan siasatan dibuat bagi mencari penyebab insiden berkenaan.
“Saya tak fikir itu (vandalisme) budaya, saya fikir ada perkara lain menyebabkan mereka melakukan perbuatan tersebut tapi kita akan siasat. Seharusnya ia tidak wajar pun menjadi budaya pada mana-mana sekolah,” katanya. FMT
Tular video rosak peralatan hari terakhir persekolahan
Baca Artikel Menarik:
- Wakil Shahrizat serah borang tanding Ketua Wanita UMNO
- Telekung Siti Khadijah, beli dulu bayar kemudian
- Kos selenggara kenderaan menteri era Muhyiddin tertinggi
- Jual nasi lemak RM1 pun jadi kesalahan (Video)
- Anak potong payu dara ibu akibat dadah
- Ramai pemimpin UMNO tidak hormat institusi Presiden
- DUN Batang Kali diisytihar kosong, Harumaini pertimbang tindakan undang-undang
- Pencuri seluar dalam ditangkap nyaris telanjang
- Polis kesan suspek kes langgar lari, seret mangsa 40 meter
- Dituduh Parkir Kereta Sesuka Hati, Jawapan YB Zahir Buat Netizen Geli Hati
- Jangan ‘koyak’ Rayer, Siti Mastura
- MP PAS dakwa Menu Rahmah dedah pengguna pada kanser, autisme
- Hafidz Roshdi didakwa curang, isteri luah perasaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.