Saya bukan suspek SPRM – Muhyiddin
Saya bukan suspek SPRM – Muhyiddin
Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin berkata, beliau dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berhubung bantuan rangsangan Covid-19 Jana Wibawa, dan beliau bukan suspek dalam siasatan.
Muhyiddin berkata, Jana Wibawa, pakej yang bertujuan membantu kontraktor Bumiputera, dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan. Tambahnya, agensi anti-rasuah itu mungkin akan memanggil bekas menteri kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz, untuk turut disoal siasat.
Menyatakan bahawa projek itu dicadangkan Tengku Zafrul, Muhyiddin berkata, beliau mempersetujuinya kerana kontraktor dan vendor Bumiputera antara yang paling teruk terjejas semasa wabak Covid-19.
“Idea itu datang daripada Tengku Zafrul dan dibawa ke Jemaah Menteri untuk diluluskan.”
Tambahnya, Kementerian Kewangan mempunyai kuasa untuk memutuskan kontraktor mana yang akan terlibat dalam program itu, dan peranan Pejabat Perdana Menteri (PMO) hanyalah untuk memudahkan program itu.
“Adakah saya yang memutuskan? Tidak sama sekali. Ini antara perkara yang saya jelaskan,” katanya.
Katanya, beliau diberitahu pegawai SPRM bahawa beliau bukan suspek dalam siasatan mereka dan bahawa beliau hanya dipanggil “beberapa hari lepas” untuk menjelaskan isu tertentu berkaitan Jana Wibawa.
“Saya dipanggil beri keterangan bagi melengkapkan siasatan, bukan suspek yang dikaitkan untuk sebarang tindakan pendakwaan.
“(Mereka) tak ada tanya pasal RM600 billion, RM530 bilion, atau RM92.5 bilion.
“Mungkin mereka akan panggil (Tengku) Zafrul. Itu terpulang kepada mereka jika mahu dapatkan penjelasan,” kata Muhyiddin.
Awal bulan ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, projek-projek seperti Jana Wibawa adalah antara projek yang dikenal pasti pentadbirannya melibatkan kos yang “terlalu tinggi” dan tidak melalui proses tender.
Jana Wibawa juga dilaporkan dalam berita pada Rabu apabila Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kementerian Kewangan telah mengarahkan satu projek ditangguhkan dan disemak semula untuk memeriksa sama ada prosedur perolehannya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Perbendaharaan.
Dalam laporan Bernama, beliau berkata, penangguhan itu – yang melibatkan projek bernilai RM5.7 bilion – diperlukan kerana terdapat elemen tender terpilih atau rundingan terus dalam proses perolehan.
Muhyiddin hari ini berkata, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Asri Hamidin mencadangkan supaya PMO memproses permohonan Jana Wibawa, namun ditolak oleh Muhyiddin.
“Seolah-olah nak turun kuasa kepada PMO. Saya takut dan tak suka buat macam itu. Saya kata ini bukan kerja PMO, ini harus diuruskan Kementerian Kewangan atau lain-lain agensi yang bertanggungjawab.
“Apa yang ada terlibat dengan saya? Tak ada, (tugas saya) cuma menyalurkan,” katanya. FMT
Saya bukan suspek SPRM – Muhyiddin
Baca Artikel Menarik:
- Wakil Shahrizat serah borang tanding Ketua Wanita UMNO
- Telekung Siti Khadijah, beli dulu bayar kemudian
- Kos selenggara kenderaan menteri era Muhyiddin tertinggi
- Jual nasi lemak RM1 pun jadi kesalahan (Video)
- Anak potong payu dara ibu akibat dadah
- Ramai pemimpin UMNO tidak hormat institusi Presiden
- DUN Batang Kali diisytihar kosong, Harumaini pertimbang tindakan undang-undang
- Pencuri seluar dalam ditangkap nyaris telanjang
- Polis kesan suspek kes langgar lari, seret mangsa 40 meter
- Dituduh Parkir Kereta Sesuka Hati, Jawapan YB Zahir Buat Netizen Geli Hati
- Jangan ‘koyak’ Rayer, Siti Mastura
- MP PAS dakwa Menu Rahmah dedah pengguna pada kanser, autisme
- Hafidz Roshdi didakwa curang, isteri luah perasaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET