GRS kaki lompat dari parti ke parti – Azis

GRS kaki lompat dari parti ke parti – Azis

Ketua Penerangan Parti Warisan (Warisan), Datuk Mohd. Azis Jamman menyelar kepimpinan Parti Gagasan Rakyat (GRS) sebagai ‘orang yang melompat dari satu parti ke satu parti yang lain’.

Membalas kenyataan Ketua Penerangan GRS, Nizam Abu Bakar Titingan yang menyalahkan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebagai punca sebilangan ADUN Warisan meninggalkan parti itu, beliau menegaskan presiden Warisan itulah sebenarnya yang menyatukan rakyat Sabah.

“Beliau (Mohd. Shafie) yang menyatukan rakyat, bukan memecahbelahkan rakyat Sabah.

“Kamu lah (GRS) orang politik yang lompat dari satu parti ke parti yang lain,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Nizam Abu Bakar berkata, Mohd. Shafie harus menyalahkan diri atas tindakan beberapa ADUN nya keluar parti.

Tambah Nizam Abu Bakar, ADUN Warisan meninggalkan parti itu kerana merasakan ia tidak lagi sesuai menjadi platform memperjuangkan hak dan membela rakyat kerana pemimpin utamanya lebih gemar menimbulkan polemik serta ketidakstabilan politik.

Rabu lalu, Mohd Shafie dilaporkan berkata di Parlimen, tiga ADUN nya, Norazlinah Arif (Kunak), Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) dan Mohammad Mohamarin (Banggi) meninggalkan Warisan untuk menyokong Hajiji kerana ‘dibeli’. Utusan

GRS kaki lompat dari parti ke parti – Azis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?

‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker