Syarat kerajaan pindahkan ‘cracking and leaching’ loji LYNAS ke luar negara adalah tepat
Bekas menteri tenaga, sains, teknologi, alam sekitar dan perubahan iklim Yeo Bee Yin memuji keputusan kerajaan yang mensyaratkan Lynas supaya memindahkan bahagian bahagian cracking and leaching loji pemprosesan nadir itu ke luar negara sebelum Julai.
Dalam satu kenyataan, Yeo berkata dia menantikan hari untuk melihat keadaan itu menjadi kenyataan.
“Tiada lagi pengeluaran sisa radioaktif untuk Lynas di Malaysia menjelang Julai. Ia adalah satu perjalanan panjang,” tambahnya.
Yeo adalah menteri yang bertanggungjawab meletakkan syarat kepada Lynas untuk menempatkan semula kemudahan cracking and leaching syarikat itu pada tahun 2020.
Dia berkata di sebalik itu, Lynas berusaha keras untuk menentang syarat berkenaan, dan berjaya melobi cukup ramai orang supaya firma itu tidak perlu mematuhi peraturan tersebut.
“Bagaimanapun, kami enggan membenarkan pengumpulan sisa radioaktif yang tidak berkesudahan di Malaysia, justeru menggantikan syarat mengeluarkan semua sisa radioaktif dari Malaysia dengan mengeluarkan semua kemudahan memproses bahan radioaktif – juga dikenali sebagai cracking and leaching – dari Malaysia dalam tempoh empat tahun.
“Di bawah syarat baharu ini, Lynas mempunyai empat tahun untuk membina kemudahan cracking and leaching di tempat lain. Apabila siap, Lynas tidak lagi dibenar menghasilkan sisa radioaktif di Malaysia dan hanya bahan perantaraan sahaja dibenarkan dihantar ke sini untuk pemprosesan selanjutnya.
“Lynas kemudiannya mengumumkan bahawa ia mampu memenuhi syarat yang dikenakan oleh kerajaan dan ia akan membina kemudahan cracking and leaching itu di Kalgoorlie, Australia,” tambahnya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Wakil Shahrizat serah borang tanding Ketua Wanita UMNO
- Telekung Siti Khadijah, beli dulu bayar kemudian
- Kos selenggara kenderaan menteri era Muhyiddin tertinggi
- Jual nasi lemak RM1 pun jadi kesalahan (Video)
- Anak potong payu dara ibu akibat dadah
- Ramai pemimpin UMNO tidak hormat institusi Presiden
- DUN Batang Kali diisytihar kosong, Harumaini pertimbang tindakan undang-undang
- Pencuri seluar dalam ditangkap nyaris telanjang
- Polis kesan suspek kes langgar lari, seret mangsa 40 meter
- Dituduh Parkir Kereta Sesuka Hati, Jawapan YB Zahir Buat Netizen Geli Hati
- Jangan ‘koyak’ Rayer, Siti Mastura
- MP PAS dakwa Menu Rahmah dedah pengguna pada kanser, autisme
- Hafidz Roshdi didakwa curang, isteri luah perasaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?
You must be logged in to post a comment.